Yusoff, Mohd. Zahari and Salleh, Muhammad Shukri and Amir Razli, Meer Zhar Farouk (2006) Persepsi patriotisme di kalangan mahasiswa tinjauan dari sudut pemikiran mahasiswa high achievers UITM cawangan Kelantan. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.
|
PDF (Full text)
47kB |
Abstract
Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi patriotisme di kalangan mahasiswa yang ditinjau dari sudut pemikiran mahasiswa "High Achievers". Kajian ini menggunakan sample kajian yang terdiri daripada 64% atau 114 pelajar daripada semester 2 hingga semester 7 diploma dan ijazah dari pelbagai fakulti yang memperolehi pencapaian Purata Nilai gred Keseluruhan(PNGK) 3.5 dan ke atas di Universiti teknologi MARA kampus Kelantan. Instrument kajian adalah berasaskan soalselidik yang diedar kepada sample kajian. Data kajian dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 12.0 dan data diproses dengan menggunakan nilai peratusan dan frekuensi. Hasil kajian menunjukkan 70.2% responden menghormati lagu kebangsaan manakala 90.3% sensitif terhadap bendera kebangsaan. 63.2% responden sanggup mengibarkan bendera di hari kemerdekaan dan 48.2% sanggup menggunakan wang sendiri untuk membeli bendera kebangsaan. Satu lagi dapatan yang menarik dari kajian ini ialah 57% responden akan tetap memberi sokongan kepada kerajaan walaupun keluarga mereka membangkang.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Patriotism, politic, Malaysia |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) J Political Science > JC Political theory L Education > LC Special aspects of education |
Divisions: | Education |
ID Code: | 550 |
Deposited By: | Khairulbahiyah Yaakub |
Deposited On: | 16 Feb 2007 07:55 |
Last Modified: | 23 Aug 2017 06:52 |
Repository Staff Only: item control page