Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengetahuan dan amalan "Akademia Baru" dalam kalangan pensyarah: satu kajian kes di Universiti Teknologi Malaysia

Surif, Johari and Zainal, Nor Aliah and Ibrahim, Nor Hasniza and Abdullah, Abdul Halim (2014) Pengetahuan dan amalan "Akademia Baru" dalam kalangan pensyarah: satu kajian kes di Universiti Teknologi Malaysia. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August 2014, Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
126kB

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengetahuan dan amalan Akademia Baru dalam kalangan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini juga turut mengkaji perbandingan pengetahuan dan amalan Akademia Baru mengikut empat aliran utama di UTM iaitu aliran Sains Tulen, aliran Sains Komputer, aliran Sains Kejuruteraan dan Aliran Sains Sosial. Seramai 525 orang pensyarah telah dijadikan sebagai responden kajian yang dipilih secara rawak kelompok. Data dikumpulkan menerusi soal selidik yang menggunakan soalan aneka pilihan untuk menguji pengetahuan dan skala Thurstone untuk mengkaji amalan pensyarah terhadap Akademia Baru. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi dan peratusan serta min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian ini mendapati pensyarah di UTM mempunyai pengetahuan dan amalan yang sederhana mengenai Akademia Baru. Namun begitu, untuk kaedah pembelajaran berbantu rakan (PI), pensyarah hanya mempunyai pengetahuan yang sederhana. Untuk amalan Akademia Baru, keseluruhannya pensyarah kerap mengamalkan pendekatan Akademia Baru. Perbandingan antara aliran pula mendapati tidak jauh perbezaan sama ada untuk pengetahuan dan amalan pensyarah. Kajian ini juga memberi cadangan sokongan UTM dalam membantu perlaksanaan Akademia Baru. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat digunakan untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di universiti serta memberi idea pengajaran yang berkesan kepada pensyarah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:new academia
Subjects:L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:54031
Deposited By: Dr Johari Surif
Deposited On:03 Apr 2016 07:46
Last Modified:03 Apr 2016 07:46

Repository Staff Only: item control page