Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Program pembangunan pelajar di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia

Ahmad, Mohamed Fuad and Ab. Rahman, Hamidah and Zaidin, Norzaidahwati and Muhammad, Faruk and Omar, Rozeyta and Azman, Sariati and Jamil, Rosillah and Othman, Aniza (2006) Program pembangunan pelajar di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Full text)
90kB

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan program pembangunan pelajar yang dilaksanakan oleh Jawatan Kuasa Pembangunan Pelajar di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Sejak jawatan kuasa tersebut ditubuhkan sehingga hari ini, pelbagai program motivasi dilaksanakan untuk pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi akademik yang kurang memuaskan dan ini telah dijalankan secara berterusan.Program motivasi yang telah dijayakan baru-baru ini memperlihatkan suatu kelainan apabila ia melibatkan bukan sahaja pelajar-pelajar berprestasi lemah tetapi juga mereka yang berprestasi cemerlang dalam akademik. Tujuan program ini ialah untuk membentuk pelajar supaya bersahsiah mulia, berdaya tahan, sedar terhadap kewajipan menuntut ilmu, sentiasa meningkatkan dan mengekalkan komitmen serta kecemerlangan dalam segala bidang termasuk akademik. Antara pengisian program ini ialah Taaruf Bersama Penasihat Akademik, Mentor-Mentee, Penetapan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Sasaran, Ceramah Pengurusan Stres, Perbincangan Analisis Masalah Dalaman (Problem Mooney Checklist), Perbincangan Penasihat Akademik dengan Pelajar, Riadah serta Ceramah dan Analisis Ujian Personaliti. Berdasarkan kepada penilaian yang dibuat (penilaian peserta) program ini telah berjaya membantu pelajar menjadi seorang yang bermotivasi, berkeyakinan serta berani menghadapi cabaran hidup. Cadangan telah dikemukakan kepada pihak FPPSM berdasarkan hasil post-mortem program bagi membantu mempertingkatkan dan memantapkan lagi program pembangunan pelajar FPPSM di masa akan datang.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pembangunan; motivasi.
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Education
ID Code:519
Deposited By: Khairulbahiyah Yaakub
Deposited On:16 Feb 2007 07:22
Last Modified:23 Aug 2017 04:05

Repository Staff Only: item control page