Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis Rupabumi Menggunakan Data Pendigitan Garis Kontur dan GPS

Abdul Rahman, Alias and Hashim, Mohamad Ghazali and Mat Amin, Zulkarnaini and Saad, Mohd.Zahran (1995) Analisis Rupabumi Menggunakan Data Pendigitan Garis Kontur dan GPS. Buletin Ukur, 6 (1). pp. 25-33. ISSN 0128-4274

[img] PDF
379Kb

Abstract

Model Rupabumi Berdigit (DTM) boleh digunakan untuk membantu dalam penganalisisan rupabumi untuk kerja-kerja perancangan pembangunan tanah (seperti pemilihan lokasi terbaik untuk sesuatu tujuan, dan sebagainya). DTM boleh dijana dengan menggunakan pelbagai sumber data, diantara yang popular adalah pendigitan garis kontur dari peta topografi, ukur lapangan (seperti GPS), dan pendigitan 3D fotogrametri. Kajian ini menggunakan data DTM (garis kontur dan GPS). Tujuan kajian iniuntuk men cuba mengajukan satu cara untuk mengemaskinikan maklumat topografi (rupabumi) yang terdapat pada peta topografi dengan menggabungkan data kontur berdigit dengan data GPS. DTM dijana dengan menggunakan kedua-dua data ini, iaitu dengan kontur berdigit sahaja, dan dari gabungan (kontur + GPS). Penjanaan DTM di lakukan dengan modul TIN yang ada dalam perisian Arc/Info Rev. 6.1. Daripada DTM yang dijana, pemetaan kecerunan dan aspek (slope and aspect mapping) dapat dihasilkan, dan seterusnya satu analisis pembentukan kawasan berpotensi untuk pembangunan telah dilakukan berdasarkan kepada beberapa kriteria. Prosidur untuk menggabungkan dua jenis data ini dibentangkan. Analisis rupabumi untuk menjana kawasan berpotensi juga di bentangkan. Beberapa cadangan di kemukakan untuk memperbaiki kajian yang telah di buat.

Item Type:Article
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions:Geoinformation Science And Engineering (Formerly known)
ID Code:5008
Deposited By: En. Tajul Ariffin Musa
Deposited On:17 Jan 2008 05:45
Last Modified:01 Jun 2010 03:22

Repository Staff Only: item control page