Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaedah Pengukuran Keupayaan Projek Pembangunan

Jaafar, Mohd Nadzri and Daud, Dzulkarnian @ Dzulkarnain (1996) Kaedah Pengukuran Keupayaan Projek Pembangunan. Buletin Ukur, 7 (3). pp. 162-175. ISSN 0128-4274

[img] PDF
184kB

Abstract

Sektor pembangunan harta tanah semakin pesat di waktu ini melibatkan projek pembinaan seperti perumahan, perdagangan, perindustrian dan sebagainya. Projek pembangunan harta tanah ini menelan perbelanjaan yang sangat besar dengan tujuan untuk mendapatkan pulangan yang maksimum kepada para pelabur. Berbagai teknik pengukuran telah diperkenalkan untuk mengenalpasti keupayaan projek yang bakal dijalankan. Dua jenis teknik pengukuran telah dikemukakan, iaitu Teknik Tradisional dan Teknik Moden. Teknik Tradisional melibatkan "Total Return Method", "Payback Method", "Average Profit Method", "Peak Profit Method" dan beberapa teknik lain. Manakala Teknik Moden pula melibatkan "Internal Rate Of Return", "Net Present Value", "Profitability Index", "Rate Of Return On Investment" dan beberapa teknik lain. Teknik-teknik Tradisional dan Moden ini mempunyai konsep dan asas pengiraan yang tersendiri. Teknik-teknik ini digunakan sebagai alat pengukuran keupayaan sesuatu projek pembangunan. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara khusus teknik-teknik pengukuran yang digunakan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan harta tanah, faktor-faktor kos dan faktor-faktor pendapatan yang diambilkira dalam menentukan keupayaan projek pembangunan. Perlaksanaan kajian ini dilakukan kepada pihak-pihak yang terlibat seperti pemaju swasta, badan korporat, pihak kerajaan, bank, institusi kewangan dan kumpulan profesional. Analisa kajian melibatkan Laporan Kajian kemungkinan yang diperolehi dan Perlaksanaan Borang Soal Selidik kepada pihak-pihak yang terlibat. Penganalisaan dijalankan secara "Likert Scaling" dan "Multidimensional Scaling" dalam menentukan darjah penggunaan teknik-teknik pengukuran, keutamaan faktor-faktor kos dan faktor-faktor pendapatan yang terlibat. Hasil daripada analisa kajian ini menunjukkan 4 jenis teknik pengukuran paling utama digunakan di pasaran iaitu "Total Return Method", "Payback Method", "Internal Rate Of Return" dan "Net Present Value". Keputusan analisa juga telah mengenalpasti keutamaan faktor-faktor kos awalan, kos pertengahan, kos akhir dan faktor pendapatan yang diambilkira dalam menentukan keupayaan sesuatu projek pembangunan.

Item Type:Article
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Geoinformation Science And Engineering
ID Code:4962
Deposited By: Tajul Ariffin Musa
Deposited On:16 Jan 2008 07:21
Last Modified:01 Jun 2010 03:22

Repository Staff Only: item control page