Mat Amin, Zulkarnaini and Kamaruddin, Md. Nor and Wan Mohd. Akib, Wan Abdul Aziz (2003) Pengesanan selisih berbilang laluan gps melalui cerapan pelbagai antena. In: Malaysian Science and Technology Congress 2003 (MSTC 2003), 23-25 September 2003, Cititel, Midvalley, Kuala Lumpur.
PDF
Restricted to Repository staff only 117kB |
Abstract
Teknik pengukuran GPS merupakan satu kaedah pengukuran di mana kedudukan stesen di bumi dapat ditentukan melalui satelit GPS yang berada di angkasa lepas. Satelit tersebut akan memancarkan isyaratnya dan diterima oleh alat penerima di bumi. Namun begitu, sebelum isyarat yang dipancarkan itu tiba ke alat penerima, ia terlebih dahulu terdedah kepada beberapa seliseh yang di antaranya adalah seliseh berbilang laluan. Seliseh ini berlaku apabila isyarat yang sampai kepada alat penerima melebihi dari satu laluan iaitu datang dari arah yang berbagai-bagai. Fenomena ini berlaku kerana adanya pembalikan daripada permukaan bumi atau dari objek-objek yang tinggi pembalikannya seperti bangunan yang terdapat dipersekitaran stesen cerapan. Ini menyebabkan alat penerima menerima isyarat satelit bukan hanya dari satu sumber tetapi juga dari sumber yang lain. Seliseh ini merupakan salah satu faktor penting dalam mempengaruhi ketepatan sesuatu pengukuran, terutamanya dalam kerja-kerja yang berkejituan tinggi. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai pengesanan selisih di atas melalui cerapan yang dilakukan oleh dua jenis antena yang berbeza daripada segi rekabentuknya. Kewujudan selisih berbilang laluan daripada cerapan ini dibuktikan melalui analisis terhadap residual cerapan GPS.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | gps, selisih berbilang laluan, antena, residual |
Subjects: | T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) |
Divisions: | Geoinformation Science And Engineering |
ID Code: | 4657 |
Deposited By: | Tajul Ariffin Musa |
Deposited On: | 13 Dec 2007 03:50 |
Last Modified: | 30 Aug 2017 07:45 |
Repository Staff Only: item control page