Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mahasiswa dan aktiviti kesukanan

Jasmi, Kamarul Azmi and Mahamad Remli, Mohd. Imran (2015) Mahasiswa dan aktiviti kesukanan. In: Mahasiswa dan Kehidupan Menurut Perspektif Islam: Penampilan, Kesihatan, dan Aktiviti Sosial. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor Bahru, pp. 45-66. ISBN 978-983-52-1042-6

[img]
Preview
PDF (Cover & Fulltext)
8MB

Abstract

Slogan “Kesihatan Melambangkan Kekayaan” dan “Badan Sihat, Otak Cerdas” sering diungkapkan oleh orang ramai. Mahasiswa yang bersenam dapat mencerdaskan minda mereka. Apabila minda cergas, mereka dapat belajar dengan baik dan boleh memberi tumpuan ketika pensyarah yang sedang mengajar. Mereka yang menjadualkan aktiviti senaman dan renggangan setiap hari tidak cepat letih dan dapat selalu aktif dalam aktiviti kokurikulum di kolej mahupun di universiti. Sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi, aktiviti senaman dan renggangan adalah antara aktiviti penting bagi memastikan tahap kecergasan dan kecerdasan berada pada tahap yang optimum agar mereka berada pada tahap kecergasan yang tinggi dalam menimba ilmu pengetahuan. Ketika seseorang berada dalam keadaan cergas, dia tidak akan menjadi seorang yang malas dan tidak aktif (Hassan, 2000). Badan sihat otak cerdas. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa bersenam banyak membawa faedah kepada manusia. Lantaran itu, setiap orang harus meluangkan masa untuk melakukan aktiviti senaman dan renggangan. Dengan bersenam, tubuh akan menjadi lebih sihat. Aktiviti kesukaran ini akan menyebabkan badan seseorang akan mengeluarkan peluh dan membakar kalori dengan banyak. Di samping itu, aktiviti senaman dan renggangan juga dapat menyegarkan dan melancarkan perjalan darah dalam anggota badan. Oleh itu, badan para mahasiswa akan menjadi sihat dan tidak selalu sakit. Malalui aktiviti bersenam setiap mahasiswa dapat menghindari diri daripada penyakit seperti sakit jantung, obesiti, dan banyak lagi. Sebaliknya jika mereka tidak bersenam, kolestrol boleh meningkat semakin tinggi dan tekanan darah boleh meningkat dengan mendadak yang akhirnya menyebabkan kematian. Oleh yang demikian, aktiviti renggangan ataupun senaman banyak memberi manfaat kepada mahasiswa khususnya dan kepada manusia umumnya. Oleh kerana itu, seseorang dituntut untuk bersenam dan melakukan aktiviti renggangan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu (Moktar, 2011; Hasan Basari, 2011). Selain itu, melalui aktiviti bersenam dan renggangan, seseorang mahasiswa juga dapat mengeratkan hubungan antara kawan-kawan yang melakukan aktiviti tersebut secara bersama-sama. Dalam keadaan mahasiswa yang sedang sibuk dengan pelbagai aktiviti kuliah dan menyiapkan pelbagai kertas kerja mereka, aktiviti senaman ini mampu menyeimbangkan antara kecergasan rohani dan emosi melalui hubungan yang rapat dengan kawan-kawan sekolej. Selain itu, mahasiswa juga boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Masa itu emas oleh itu, mahasiswa yang dapat mengisi masa lapang dengan bersenam sudah tentuk kurang terjebak dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat seperti melepak, merayau-rayau tanpa tujuan, dan menghabiskan masa yang berharga (Unit Perancang Ekonomi, 2014).

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:45320
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:29 Apr 2015 01:14
Last Modified:08 Aug 2017 00:52

Repository Staff Only: item control page