Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Experimental evaluation of hybrid software engineering methodology for embedded firmware development on intelligent mobile robot

Abang Jawawi, Dayang Norhayati and Deris, Safaai and Mamat, Rosbi and Mohamed, Radziah (2004) Experimental evaluation of hybrid software engineering methodology for embedded firmware development on intelligent mobile robot. Project Report. Faculty of Computer Science and Information System, Skudai Johor. (Unpublished)

[img] PDF (full text)
2531Kb

Abstract

Proses pembangunan perisian bagi sistem terbenam masa-nyata berbeza dengan pembangunan perisian bagi sistem pemprosesan data traditional, ini disebabkan oleh keperluan bukan fungsi seperti keboleharapan dan kekangan pemasaan. Oleh itu, peralatan istimewa dan metodologi yang bersesuaian sangat diperlukan untuk pembangunan perisian terbenam masa-nyata. Berdasarkan kerja pembangunan perisian kawalan bagi satu robot memanjat dinding, yang dibangunkan di Universiti Teknologi Malaysia, menghadapi masalah menggunakan hanya satu metodologi pembangunan perisian. Berdasarkan kajian tersebut, satu metodologi hibrid telah dicadangkan. Metodologi kejuruteraan perisian ini diuji ke atas robot memanjat dinding dengan menggunakan penyelakuan perkakasan-dalam-gelung dan hasil daripada pengujian menunjukkan keberkesanan penggunaan metodologi hibrid yang dapat menghasilkan satu perisian yang menepati keperluan. Walau bagaimanapun, beberapa persoalan masih perlu dijawab dan pengukuran lanjutan perlu dibuat untuk menguji keberkesanan metodologi hybrid tersebut, pada sistem terbenam yang sebenarnya. Sebuah robot bergerak pintar telah dibangunkan untuk dijadikan dasar kepada sistem masa-nyata terbenam. Dua output utama penyelidikan ini ialah keputusan penilaian kekuatan dan kelemahan metodologi kejuruteraan perisian tersebut dan fasa dalam metodologi yang telah dikenalpasti untuk diautomasikan.

Item Type:Monograph (Project Report)
Subjects:Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources > ZA4050 Electronic information resources
Divisions:Computer Science and Information System (Formerly known)
ID Code:4341
Deposited By: Azrin Ariffin
Deposited On:25 Jun 2008 03:29
Last Modified:01 Jun 2010 03:16

Repository Staff Only: item control page