Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan dan penilaian keberkesanan perisian multimedia interaktif Matematik berasaskan kecerdasan pelbagai

Tasir, Zaidatun (2002) Pembinaan dan penilaian keberkesanan perisian multimedia interaktif Matematik berasaskan kecerdasan pelbagai. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Social Sciences & Humanities - School of Education.

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai keberkesanan satu perisian multimedia yang berasaskan faktor kecerdasan pelbagai pelajar serta pendapat pelajar dalam reka bentuk perisian. Sebelum perisian dibangunkan, pola kecerdasan pelbagai bagi pelajar Tingkatan Dua di Daerah Johor Bahru diperolehi. Keputusan kajian mendapati, kebanyakan pelajar Tingkatan Dua di daerah Johor Bahru mempunyai kelapan-lapan kecerdasan pada tahap markah yang sederhana. Perisian multimedia tersebut dibangunkan dengan menggunakan model reka bentuk pengajaran yang mengambil kira faktor kecerdasan pelbagai dan pendapat pelajar dalam aspek strategi pembelajaran, reka bentuk antara muka dan reka bentuk interaksi. Suasana pembelajaran konstruktivisme juga turut diintegrasikan ke dalam reka bentuk perisian. Perisian yang dibina adalah berfokuskan kepada satu tajuk bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan Dua iaitu Statistik. Pendekatan kajian kuasi eksperimental jenis nonrandomized control group, pretest-posttest design digunakan di dalam kajian ini. Bilangan sampel pelajar yang digunakan di dalam kajian ini ialah 87 orang iaitu 43 orang dari kumpulan rawatan dan 44 orang dari kumpulan kawalan. Data kajian dikumpulan menerusi ujian pencapaian pra dan pos, temubual, pemerhatian dan log data. Keputusan kajian mendapati bahawa perisian multimedia yang dibina memberikan kesan positif yang signifikan terhadap pencapaian pelajar di dalam ujian pra dan pos. Hasil analisis ujian ANCOVA antara min markah ujian pos kumpulan kawalan dan rawatan mendapati wujud perbezaan yang signifikan (p - 0.001) di antara min markah ujian pos bagi kedua-dua kumpulan pada aras keertian a = 0.05. Keputusan kajian juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang mempunyai kecerdasan kuat yang tertentu telah mengunjungi terus salah satu mod kecerdasannya yang paling kuat serta banyak menghabiskan masa di dalam mod kecerdasan tersebut. Kajian juga mendapati kebanyakan pakar dan guru memberikan komen positif mengenai strategi pembelajaran (yang mengambil kira lapan kecerdasan pelajar) yang digunakan di dalam perisian multimedia.

Item Type:Thesis (PhD)
Additional Information:Thesis (Ph.D (Teknologi Pendidikan)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2002
Uncontrolled Keywords:perisian multimedia, reka bentuk antara muka, reka bentuk interaksi
Subjects:L Education > L Education (General)
Q Science > QA Mathematics
Divisions:Education
ID Code:42812
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:02 Nov 2014 03:24
Last Modified:21 Feb 2023 03:13

Repository Staff Only: item control page