Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kreteria penyediaan fasiliti sukan yang berkesan untuk acara sukan antarabangsa - kajian kes : Multi-Projek Sukan Kommanwel di Manchester.

Megat Abdullah, Aminatuzuhariah (2006) Kreteria penyediaan fasiliti sukan yang berkesan untuk acara sukan antarabangsa - kajian kes : Multi-Projek Sukan Kommanwel di Manchester. In: Proceeding of MICRA, 20th - 21st June 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.

[img] PDF (Full text)
75kB

Abstract

Kebiasaannya masalah yang berkaitan dengan penyediaan multi-projek (M-P) adalah merupakan rekabentuk dan pengurusan multi-projek (Multi-project management-MPM) yang berhubung kait sesama projek-projek yang besar. Dengan mengambil contoh fasiliti sukan untuk Sukan Olimpik di Montreal dan Atlanta, masalah dalam rekabentuk adalah berpunca daripada kompleksnya keadaan semulajadi M-P yang merangkumi fasiliti seperti stadium dan kolam renang. Kepekaan terhadap masa, kompleksiti rekabentuk telah menyebabkan penangguhan M-P dan pembaziran kos. Kehendak-kehendak jangka masa panjang mahupun singkat beberapa golongan pengguna haruslah dirancang dalam peringkat konsep. Demi mengelakkan kesilapan yang sama pada sukan antarabangsa sebelumnya Manchester City Council, selaku klien, telah menyediakan beberapa strategi dalam menjayakan Sukan Kommanwel tahun 2002. Sebagai contoh, strategi pembangunan semula perbandaran adalah aspek utama dalam keseluruhan pembangunan bandar Manchester; malahan pembangunan fasiliti-fasiliti sukan ini adalah berintegrasi dengan keseluruhan perancangan bandar ini. M-P direka untuk membawa keuntungan kepada Manchester City Council. Pada jangka masa yang singkat, bandar ini akan dijadikan gelanggang sukan berprestij dunia malahan akan dijadikan pemangkin pembangunan bandar Manchester di samping dapat menyumbang faedah kepada komunitinya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
R Medicine > RC Internal medicine > RC1200 Sports Medicine
Divisions:Education
ID Code:4153
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:10 May 2012 07:44
Last Modified:30 Aug 2017 03:42

Repository Staff Only: item control page