Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Al-Quran dan oceanografi

Jasmi, Kamarul Azmi and Mohd. Hanafiah, Nur Syazwani (2013) Al-Quran dan oceanografi. In: Geologi, hidrologi, oceanografi dan astronomi dari perspektif Al-Quran. Universiti Teknologi Malaysia Press, Skudai, Johor Bahru, pp. 43-59. ISBN 978-983-52-0914-7

[img] PDF (Fulltext)
383kB

Abstract

Oceanografi ialah satu pembelajaran mengenai lautan, dengan menekankan cirinya sebagai suatu persekitaran dan bertujuan untuk memberi gambaran kuantitatif yang secukupnya untuk meramal masa depan (Robert, 2008). Antara subtopik yang dimuatkan dalam bab ini ialah air dua lautan tidak bercampur walaupun lautan saling bertemu, tetapi kedua-duanya tidak bercampur antara satu sama lain dan wujud pemisah antara kedua-duanya. Seterusnya ialah air sungai tidak bercampur dengan air laut. Hal ini demikan kerana terdapat sifat-sifat yang berbeza antara air tawar dan air masin (Mohd Arip, 2007). Lautan dalam pula merupakan lapisan terbawah dari lautan (Zakir, 2000). Subtopik terakhir pula menceritakan mengenai gunung berapi dalam lautan. Gunung berapi dalam lautan adalah gunung yang kakinya ada di dasar laut (Mohd Arip, 2007). Dunia ini hanya mempunyai satu lautan yang sangat besar. Lautan ini terbahagi kepada tiga bahagian mengikut persetujuan antarabangsa, iaitu Lautan Atlantik, Lautan Pasifik dan Lautan India (International Hydrographic Bureau, 1953). Lautan Atlantik menjangkau sehingga ke utara dari Antartika dan merangkumi semua Lautan Artik. Sempadan antara Lautan Atlantik dan Lautan India ialah garisan meridian Cape Agulhas. Manakala sempadan antara Atlantik dan Pasifik ialah garisan jarak pendek dari Cape Horn ke Pulau Selatan Shetland. Di utara, Laut Artik adalah sebahagian daripada Lautan Atlantik dan Selat Bering ialah sempadan antara Atlantik dan Pasifik. Lautan Pasifik pula menjulur ke utara dari Antartika sehingga Selat Bering. Sempadan antara Lautan Pasifik dan Lautan India adalah di garisan dari Semenanjung Malaysia melalui Sumatra, Java, Timor, Australia di Cape Londonderry dan Tasmania. Lautan India memanjang dari Antartika sehingga benua Asia termasuklah Laut Merah dan Teluk Parsi (International Hydrographic Bureau, 1953). Lautan meliputi 70.8% daripada permukaan bumi di mana jumlah luasnya ialah 361, 254, 000 km2.

Item Type:Book Section
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Q Science > Q Science (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:41068
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:27 Aug 2014 01:32
Last Modified:07 Aug 2017 00:43

Repository Staff Only: item control page