Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Al-Quran dan biologi

Jasmi, Kamarul Azmi and Ahmad, Azura and Jamarluddin, Izzatul Amanda (2013) Al-Quran dan biologi. In: Penciptaan Manusia dari Perspektif al-Quran. Universiti Teknologi Malaysia Press, Skudai, Johor Bahru, pp. 49-73. ISBN 978-983-52-0915-4

[img] PDF
1MB

Abstract

Biologi merupakan kata pinjaman bahasa Inggeris, iaitu biology: Perkataan ini dari bahasa Greek: ß???, bios, "kehidupan"; ?????, logos, ‘kata’. Biologi adalah cabang ilmu yang berkaitan dengan ilmu alam termasuklah kajian tentang organisma serta kehidupan, struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi, pengedaran dan taksonomi hidup (Truman, 1924). Biologi menurut Wikipedia (2011) bermaksud bidang sains tulen yang mengkhusus kepada pembelajaran mengenai kehidupan dan organisma hidup. Artikel ini membincangkan al-Quran dari sudut biologi. Fakta biologi telah disebut dalam al-Quran yang diturunkan lebih 1400 tahun dahulu yang dibuktikan tepat oleh para saintis hari ini. Memandangkan definisi biologi yang luas mencakupi manusia, haiwan dan tumbuhan yang boleh dipecahkan kepada banyak cabang ilmu yang lebih khusus seperti embriologi, botani, zoologi dan sebagainya, maka artikel ini akan memfokuskan kepada biologi molekul yang mencakupi genetik dan sel selain biologi umum yang tidak termasuk dalam mana-mana cabang ilmu yang disebutkan. Antara subtopik yang akan dibincangkan adalah kepentingan air kepada setiap benda hidup. Pentingnya air kepada kewujudan sesuatu entiti telah dibuktikan secara saintifik. Sains moden membuktikan bahawa sitoplasma yang merupakan bahan asas dalam pembinaan sel adalah terdiri daripada 80% air. Seterusnya, kewujudan mikroorganisma yang telah diceritakan dalam al-Quran. Mikroorganisma memainkan peranan yang sangat penting dalam keseimbangan alam kerana mereka bertanggungjawab menyediakan keperluan sumber mineral dan makanan kepada semua hidupan. Mikroorganisma juga bertanggungjawab menguraikan benda mati kepada mineral untuk diserap oleh tumbuhan dan seterusnya menjadi sumber makanan kepada haiwan dan manusia. Artikel ini juga akan membincangkan tentang pengaturcaraan genetik yang dikawalselia oleh DNA. Menariknya, huruf yang mewakil DNA dan RNA muncul bersebelahan dalam al-Quran. Seperti juga DNA, huruf yang mewakili hemoglobin dan besi juga boleh didapati bersebebelahan dalam al-Quran. Kedua-dua molekul ini bertanggungjawab mengangkut oksigen dalam darah. Akhir sekali, artikel ini juga akan membincangkan cap jari manusia yang merupakan ciri yang sangat unik kepada setiap individu. Tiada manusia di dunia yang mempunyai dua cap jari yang sama termasuklah kembar.

Item Type:Book Section
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Q Science > QR Microbiology
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:41065
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:26 Aug 2014 05:15
Last Modified:26 Aug 2014 09:10

Repository Staff Only: item control page