Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Potensi penawaran tenaga daripada biojisim di Malaysia

Bahar, Arifah (1999) Potensi penawaran tenaga daripada biojisim di Malaysia. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Sains Matematik.

[img]
Preview
PDF
579kB

Abstract

Kajian ini adalah untuk meramalkan sejauh mana potensi penawaran tenaga daripada biojisim dapat dimanfaatkan bagi menampung keperluan permintaan tenaga di Malaysia bagi tempoh sehingga tahun 2005. Kaedah pelicinan eksponen digunakan untuk mencapai matlamat di atas. Kajian potensi tenaga yang diunjurkan adalah berdasarkan kepada empat senario. Senario pertama adalah keadaan biasa, kedua meninjau sekiranya wujud peningkatan keluasan pada kadar satu peratus setahun, manakala situasi ketiga pula berdasarkan andaian peningkatan produktiviti kira-kira satu peratus setahun dan yang terakhir melihat kemungkinan penurunan keluasan sebanyak satu peratus setahun daripada keadaan biasa. Di samping itu biojisim yang dipertimbangkan adalah daripada tanaman utama Malaysia iaitu getah, kelapa sawit, koko, padi, kelapa dan nenas. Ini juga termasuk tiga jenis tanaman pelbagai di Semenanjung Malaysia iaitu kacang tanah, tebu dan ubi kayu. Dengan menggunakan kecekapan pertukaran tenaga pada kadar 30%, didapati bahawa hanya tiga jenis tanaman sahaja yang berpotensi sebagai penawaran tenaga daripada biojisim di Malaysia iaitu kelapa sawit, padi dan tebu. Peratus sumbangan yang mampu ditawarkan bagi menampung permintaan tenaga adalah sekitar 21% menjelang tahun 2000. Walau bagaimanapun menurun ke tahap kira-kira 17% menjelang 2005.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:Q Science > QA Mathematics
Divisions:Science
ID Code:4053
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:20 Jul 2007 08:41
Last Modified:15 Jan 2018 01:48

Repository Staff Only: item control page