Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesepaduan falsafah sains al-quran dalam kurikulum sekolah rendah sebagai asas pembentukan masyarakat hadhari di Malaysia

Jusoh, Yahaya and Muhammad, Azhar (2010) Kesepaduan falsafah sains al-quran dalam kurikulum sekolah rendah sebagai asas pembentukan masyarakat hadhari di Malaysia. Jurnal Hadhari (3). pp. 23-41. ISSN 1985-6830

[img] HTML - Published Version
819kB

Abstract

Masyarakat hadhari dapat dibentuk dalam masyarakat Malaysia melalui sistem pendidikan formal. Pendekatan yang menggunakan falsafah sains al-Qur’an dengan menggabungkan sains sosial dan sains tabii dengan ilmu ketuhanan dalam kurikulum sekolah rendah lagi akan dapat merealisasikan kemantapan masyarakat ini. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan dalam arus kebangkitan sains moden dalam era globalisasi menyebabkan prinsip pemikiran falsafah sains al-Qur’an dipinggirkan. Pengajaran sains sosial dan sains tabii mula dipisahkan daripada ilmu ketuhanan yang lebih mengarahkan kepada unsur-unsur materialistik berbanding unsur-unsur spiritual. Melalui reformasi perubahan kurikulum kebangsaan, murid-murid sekolah rendah sebagai generasi baru akan dibentuk berasaskan pemikiran falsafah sains al- Qur’an yang mengarah kepada kewujudan masyarakat hadhari. Kertas kerja ini akan memperlihatkan kepentingan falsafah ini dalam sistem pendidikan negara khususnya di peringkat KBSR yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat hadhari.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:civilizational (hadhari) community, Qur’anic science philosophy, education system, national curriculum
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:37914
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:30 Apr 2014 07:50
Last Modified:15 Feb 2017 01:39

Repository Staff Only: item control page