Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Cabaran ulama kontemporari menangani beberapa isu dalam pluralisme agama di Malaysia

Jamaludin, Mohamed Sabir and Ab. Rahim, Nik Mohd. Zaim and Ghazali, Mohd. Al’ikhsan and Abdul Shukor, Azizi Shukri (2013) Cabaran ulama kontemporari menangani beberapa isu dalam pluralisme agama di Malaysia. In: NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V: “Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa”, 9-10 September 2013, UKM Bangi, Selangor, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Isu pluralisme agama menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat Islam di negara kita. Ia boleh melunturkan keyakinan sebahagian umat Islam yang nipis akidah keimanannya. Kertas ini bertujuan meneliti cabaran para ulama kontemporari terhadap isu pluralisme yang semakin menular di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Metode dokumentasi digunakan bagi mendapatkan data sementara metode induktif dan deduktif untuk menganalisis data sebelum merumus kesimpulan daripada fakta yang dikemukakan. Terdapat pelbagai isu yang menjadi tumpuan para sarjana. Kertas ini hanya menumpukan kepada beberapa isu terpilih sahaja. Antara yang perlu ditangani ialah murtad dan konversi agama, cinta rentas agama, perkongsian perayaan dan ritual keagamaan, penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim, kecenderungan setengah pemimpin masyarakat muslim membawa mesej pluralisme dalam ucapan mereka, sama ada mereka menyedari ia mengandungi unsur pluralisme atau sebaliknya. Justeru, para ulama kontemporari perlu sentiasa peka, responsif dalam mengenalpasti isu-isu yang menyentuh pluralisme agama ini sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Tegasnya, keprihatinan dan ketangkasan mereka amatlah dituntut dan menanganinya secara berhemah akan mempelihatkan kemampuan sebenar para ulama untuk mendepani pelbagai cabaran zaman.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
ID Code:37427
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:03 Apr 2014 04:46
Last Modified:13 Sep 2017 08:07

Repository Staff Only: item control page