Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Menyuburkan kembali jiwa akademia

Ujang, Zaini (2013) Menyuburkan kembali jiwa akademia. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0886–7

[img]
Preview
PDF
72kB

Abstract

Secara umumnya, buku Perutusan Tahun Baru 2013 ini memfokuskan tentang idea dan gagasan Akademia Baru dengan tema Menyuburkan Kembali Jiwa Akademia. Sehubungan itu, buku ini memuatkan gagasan budaya ilmu, pemugaran Akademia Baru serta pemantapan DNA Institusi. Kesemua ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Universiti Penyelidikan berasaskan entrepreneurial yang meriah dengan program ilmiah. Buku ini juga menggariskan agenda transformasi dengan pelbagai pelan tindakan yang diharapkan menjadi panduan dan pedoman kepada seluruh warga akademia. Perancangan berserta tindakan strategik dalam pelbagai inisiatif Akademia Baru dan DNA Institusi amat diperlukan agar agenda transformasi menjadi suatu yang amat bermakna dan menghasilkan impak berganda. Dalam konteks ini, pembentukan DNA Institusi menuntut perubahan “dalaman” dalam kalangan warga akademia untuk menggerakkan minda dan kudrat bagi melangkah maju ke hadapan. Dengan semangat kerja berpasukan yang mantap dan sinergi yang tinggi, dukungan dari seluruh lapisan staf serta mahasiswa, sinergi dengan pelbagai rakan kerjasama, maka hasilnya dapat memacu pantas ke hadapan melaksanakan misi dan visi untuk membudaya ilmu dan membangun peradaban bangsa dan negara.”

Item Type:Book
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions:Civil Engineering
ID Code:36245
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:06 Jan 2014 04:20
Last Modified:06 Aug 2017 06:57

Repository Staff Only: item control page