Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Water quality assessment of Sungai Skudai river system through the analyses of heavy metals in water, aquatic plant and sediment

Thanapalasingam, Vynavi (2005) Water quality assessment of Sungai Skudai river system through the analyses of heavy metals in water, aquatic plant and sediment. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Science.

[img]
Preview
PDF
393kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian ini telah dilakukan untuk menilai takat pencemaran logam berat di Sg. Skudai. Sebanyak 16 stesen pemantauan telah dipilih dan persampelan air, tumbuhan (Phragmites karka) dan sedimen telah dilakukan berdekatan kawasan perindustrian, mengikut arah pengaliran sungai ke laut. Pensampelan telah dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh sembilan bulan iaitu dari bulan November 2000 ke bulan Julai 2001. Parameter kualiti air seperti suhu, pH, DO, BOD dan COD telah diukur dan hubungkait statusnya kepada keadaan ekosistem sungai telah ditentukan. Keputusan yang diperolehi telah dibandingkan dengan nilai piawai Interim National Water Quality Standards for Malaysia (INWQS) dengan mengambil kira hidupan akuatik, sumber air minuman dan pengairan. Teknik Analisis Pengaktifan Neutron (APN) dan Spektrometer Jisim - Plasma Gandingan Aruhan (ICP-MS) telah digunakan untuk penentuan kepekatan logam berat daripada sistem Sg. Skudai. Kaedah ini juga telah dikawal dengan menganalisis bahan rujukan piawai Citrus Leaves dan Estuarine Sediment. Peratus perolehan bagi data adalah lebih daripada 83 %. Kepekatan unsur As, Pb, Hg, Cr, Cu, Cd, Ni dan Zn telah ditentukan. Tren bahan pencemar dan keputusan analisis statistik telah diperolehi daripada keputusan analisis logam berat. Penumpukan unsur-unsur lain dalam sampel juga adalah signifikan kerana wujudnya kawasan perindustrian yang banyak. Tren logam berat dalam sampel air adalah Zn>Cu>Ni>Cr>As>Pb>Hg>Cd, di dalam sampel tumbuhan ialah Zn>Cr>Cu>Pb>Ni>As>Hg>Cd dan di dalam sampel sedimen ialah Zn>Cr>Cu>Pb>Ni>As>Hg. Keputusan yang diperolehi tidak melebihi 15-20 % ralat. Korelasi wujud bagi unsur kromium dan unsur kuprum di dalam hubungan antara tumbuhan dengan air dan tumbuhan dengan sedimen. Ini menunjukkan bahawa tumbuhan ini sesuai dan mempunyai potensi sebagai penunjuk bio bagi kedua-dua unsur ini. Manakala, unsur arsenik dan zink menunjukkan wujudnya korelasi dalam hubungan antara air dan sedimen.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Sains (Kimia)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2005; Supervisor : Prof. Dr. Alias Mohd. Yusof
Uncontrolled Keywords:water quality
Subjects:Unspecified
Divisions:Science
ID Code:35030
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:15 Jun 2017 02:56
Last Modified:11 Oct 2017 06:47

Repository Staff Only: item control page