Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pemikiran Akidah Imam Al-Syafi’i

Nizar, Tamar Jaya and Mohd Yusof, Farahwahida (2013) Pemikiran Akidah Imam Al-Syafi’i. Jurnal Teknologi (Social Sciences), 62 (1). pp. 55-65. ISSN 2180-3722

[img]
Preview
PDF (Full Text)
956kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/jt.v62.1336

Abstract

Nama Imam al-Syafi’i merupakan satu nama besar sebagai tokoh pemikiran Islam. Penulisan berkaitan pemikiran beliau terhadap bidang akidah diketengahkan dalam artikel ini melihatkan kedudukan mazhab Syafi`i sebagai mazhab pegangan bagi umat Islam di Malaysia. Dengan mengetengahkan perbincangan berkaitan af`al al-ibad (perbuatan manusia), kuasa mutlak Allah S.W.T., sifat-sifat Allah S.W.T., kedudukan melihat Allah S.W.T. di akhirat, ayat mutasyabihat termasuk istiwa’Allah S.W.T., nuzul dan kalam Allah S.W.T. serta hakikat iman dianggap sudah memadai bagi mewakili pemikiran Imam Syafiì dalam hal yang bersangkutan bidang akidah. Kajian teks yang diambil dari kitab-kitab turath mengandungi pemikiran akidah beliau menjadi rujukan utama penulis agar pemikiran akidah pegangan Imam al-Syafiì ini diperbahaskan dengan semurni mungkin serta dapat dijadikan rujukan dan perbincangan. Oleh yang demikian, artikel ini sama sekali tidak merujuk kepada penulisan, perbahasan kalam serta istilah yang diguna pakai oleh golongan ilmu kalam dalam membahaskan pemikiran akidah Imam al-Syafiì kerana dikhuatiri berlaku percampuran (sinkretisme) antara pemikiran Imam al-Syafiì dengan pemikiran yang lain. Hasil analisis jelas menampakkan bahawa pandangan akidah Imam al-Syafiì jelas mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan berada pada jalur yang agak berbeza daripada pandangan akidah Muktazilah meskipun masih ada yang sama tetapi agak dekat dengan fahaman Asyàriah bahkan masih ada yang berbeza.

Item Type:Article
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:33655
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:04 Sep 2013 02:08
Last Modified:13 Oct 2017 10:50

Repository Staff Only: item control page