Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sains muamalah Islam di Malaysia

Borham, Abd. Jalil (Penyunting) (1999) Sains muamalah Islam di Malaysia. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0153–6

[img]
Preview
PDF
39kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku Sains Mu´amalah Islam ini adalah merupakan kumpulan kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Sains Mu´amalah Islam anjuran Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor pada 1 – 3 April 1994 bertempat di Dewan Jumaah, UTM. Persoalan-persoalan yang dibincangkan di dalam buku ini merupakan isu-isu yang menjadi agenda kajian para cendekiawan Islam dalam merealisasikan objektif serta usaha mengembalikan semula kecemerlangan sistem mu´amalah Islam di kalangan umat Islam. Ia sebagai satu cara menebus kembali maruah umat Islam yang tercemar sekian lama setelah kejatuhan zaman kegemilangan Islam melanda umat Islam. Sesungguhnya kejayaan dan kecemerlangan umat Islam, terutamanya dalam menghadapi masyarakat perindustrian pada dekad-dekad yang akan datang adalah bergantung sepenuhnya kepada kemampuan kita meningkatkan tahap amalan yang digariskan oleh Allah dan pelaksanaanya dalam masyarakat moden yang serba mencabar ini. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada pencinta ilmu dan pembaca umumnya. InsyaAllah.

Item Type:Book
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:30366
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:18 Apr 2013 04:49
Last Modified:12 Feb 2017 01:19

Repository Staff Only: item control page