Awang, Ramli (2012) Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0832–4
|
PDF
27kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...
Abstract
Perbincangan yang dikemukakan dalam buku ini menyentuh aspek pemikiran politik kenegaraan Islam yang berbeza dengan corak pemikiran politik kenegaraan sekular. Juga dijelaskan berkenaan kekeliruan dalam kalangan umat Islam berhubung dengan amal keduniaan dan istilah politik. Kedua-duanya sering mengundang tafsiran yang salah dengan menganggap bahawa politik tidak termasuk dalam kategori ibadah kepada Allah. Walhal politik termasuk dalam ungkapan umum al-Quran hablun minannas (hubungan sesama manusia) yang diperintahkan oleh al-Quran supaya ditegakkan. Selain daripada itu, dibahaskan juga konsep Islam mengenai kenegaraan dan politik serta persoalan yang berkaitan dengannya seperti kesepaduan antara Islam dan politik, haram dipisahkan antara Islam dengan kedaulatan negara, hukum menegakkan sesebuah negara Islam, kewajipan pemerintah Islam dan seumpamanya. Kandungan buku ini juga membincangkan peranan dan tanggungjawab sesebuah negara Islam dalam usaha memelihara perpaduan dan mengekalkan penyatuan umat. Buku ini turut mengetengahkan konsep jihad dalam sebuah negara Islam, kategori negara Islam adil dan negara Islam zalim serta kewajipan rakyat Muslim berjihad, dan soal kezaliman politik yang sering berlaku serta bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil demi mengekang daripada berlakunya aspek kezaliman lantaran ia akan meruntuhkan sesebuah negara.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 30178 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 15 Apr 2013 01:35 |
Last Modified: | 02 Feb 2017 04:10 |
Repository Staff Only: item control page