Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Falsafah ilmu dalam Al–Quran: ontologi, epistemologi, dan aksiologi

Jusoh, Yahaya and Muhammad, Azhar (2012) Falsafah ilmu dalam Al–Quran: ontologi, epistemologi, dan aksiologi. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0799–0

[img]
Preview
PDF
83kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Falsafah Ilmu dalam Al–Quran (Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi) adalah suatu kajian secara komprehensif tentang ilmu pengetahuan sebagaimana yang dinyatakan oleh Al–Quran. Buku ini menjelaskan tentang falsafah ilmu, teori falsafah ilmu, dan sejarah falsafah ilmu dalam al–Quran. Perbincangan difokuskan kepada aspek ontologi, epistemologi, dan aksiologi ilmu yang menjelaskan aspek pengertian ilmu secara semantik, etimologi, dan terminologi; prinsip falsafah, metodologi dan teori falsafah ilmu dalam al–Quran, aksiologi falsafah, serta keintegrasian sains Islam. Sorotan terhadap isi kandungan buku ini menonjolkan kehebatan al–Quran dalam perbahasan ilmu yang membuktikannya sebagai mukjizat yang terulung. Buku ini sesuai dibaca dan dijadikan rujukan oleh para pelajar, mahasiswa, pendidik, serta masyarakat umum yang ingin mengetahui falsafah ilmu al–Quran dengan lebih dekat.

Item Type:Book
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:30176
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 01:35
Last Modified:02 Feb 2017 04:45

Repository Staff Only: item control page