Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Falsafah & pemikiran pendidikan

Hamdan, Abdul Rahim (2011) Falsafah & pemikiran pendidikan. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0802–7

[img]
Preview
PDF
57kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku ini cuba mengupas tentang falsafah, maksud intipati falsafah, dan aliran-aliran yang terdapat dalam bidang ilmu falsafah secara jelas dengan cara yang mudah difahami. Kupasan setiap bahagian dalam buku ini akan membantu para pendidik atau bakal pendidik memahami dengan jelas apakah yang dimaksudkan dengan falsafah secara umum. Penjelasan pengarang tentang falsafah akan memberikan satu nafas baru dalam aktiviti pendidikan. Kefahaman tentang falsafah membolehkan pendidik menyedari apakah yang sebenarnya harus dilakukan dalam proses mendidik dan menyampaikan ilmu dengan setiap isi kandungan ilmu mempunyai kaitan dengan falsafah. Dalam buku ini juga dihimpunkan pemikir-pemikir falsafah mengikut aliran serta kupasan pemikiran pendidikan mereka dan sumbangan dalam bidang pendidikan secara kronologi. Buku ini sesuai dihayati oleh para pendidik dari segenap aliran atau peringkat sama ada di sekolah, institut perguruan, universiti awam ataupun swasta bagi tujuan memantapkan pengajaran dan pembelajaran. Buku ini juga penting kepada pelajar-pelajar khususnya dalam bidang pendidikan di peringkat diploma, ijazah pertama, mahupun ijazah lanjutan di institut perguruan serta universiti awam dan swasta untuk persediaan sebagai guru.

Item Type:Book
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:30139
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 02:26
Last Modified:02 Feb 2017 05:54

Repository Staff Only: item control page