Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Maslahah dalam perundangan hukum Syarak

Hashim, Selamat (2010) Maslahah dalam perundangan hukum Syarak. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0733–4

[img]
Preview
PDF
92kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Maslahah dalam perundangan hukum syarak menjelaskan kedudukan hukum fiqh dalam urusan seharian. Tujuan perundangan hukum syarak adalah untuk menjaga kepentingan manusia, bukan untuk menyusahkan mereka. Keseluruhan bab dalam buku ini menyentuh konsep maslahah, iaitu kebaikan. Lima perkara daruriyat adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup manusia. Dihuraikan juga tentang hukum syarak yang membincangkan hak Allah dan hak mukalaf. Selanjutnya dijelaskan zari’ah sebagai sumber untuk menetapkan sesuatu hukum syarak. Melalui zari’ah dapat ditentukan sesuatu tindakan itu betul atau salah. Para ulama menjadikan zari’ah sebagai sumber untuk menetapkan sesuatu hukum syarak, iaitu dengan membuat penilaian terhadap kesan dan akibat sesuatu perbuatan. Menggunakan dasar zari’ah umat Islam dilarang mencerca barang sembahan orang bukan Islam bagi mengelakkan tindak balas orang bukan Islam terhadap Islam. Dalam masalah fatwa, buku ini mengkhususkan satu bab dengan menjelaskan bahawa mufti adalah pembimbing yang memimpin umat Islam ke arah kebenaran. Fatwanya merupakan asas menyelesaikan sesuatu permasalahan. Kewajiban masyarakat Islam merujuk kepada orang yang berkelayakan untuk menjelaskan hukum Syarak. Akhir sekali buku ini menjelaskan secara ringkas mengenai perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Umat Islam kekurangan maklumat mengapa ulama fiqh terdahulu tidak sefahaman dalam memutuskan hukum sesuatu masalah. Sejarah membuktikan setengah ulama fiqh tidak hidup pada satu masa yang sama.

Item Type:Book
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:30118
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 04:06
Last Modified:01 Aug 2017 03:51

Repository Staff Only: item control page