Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Estim kendiri remaja

Yahaya, Azizi and Ma’alip, Halimah (2010) Estim kendiri remaja. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0706–8

[img]
Preview
PDF
39kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Penekanan pengalaman awal kanak-kanak dalam pembentukan estim kendiri tidak bermaksud ia bersifat kekal dan tidak boleh diubah suai lagi. Sungguhpun pengalaman awal telah menyediakan landasan asas untuk estim yang tinggi atau rendah, pengalaman hidup seterusnya juga akan mempengaruhi estim kendiri seseorang, namun ia tidak sepenting hubungan awal ibu bapa dengan anak. Salah satu pendapat menyarankan pengalaman hidup seterusnya jarang memainkan peranan adalah disebabkan individu biasanya menjadikan skema yang dibina pada tahap kanak-kanak sebagai panduan dan rujukan estim kendiri. Sebaik sahaja estim kendiri yang tinggi atau rendah terbentuk, ia akan memandu cara kita memperlihatkan diri kita, orang lain serta pengalaman dan perkara yang kita hadapi. Lazimnya, proses panduan yang berlaku secara automatik pada tahap prasedar, menjadikan skema kendiri susah dikesan dan diperbetulkan.

Item Type:Book
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:30109
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 04:19
Last Modified:05 Feb 2017 03:38

Repository Staff Only: item control page