Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaunseling di tempat kerja

Abd. Kadir, Hamdan (2009) Kaunseling di tempat kerja. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0709–9

[img]
Preview
PDF
34kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Kaunseling di tempat kerja telah menjadi satu isu hangat dan kemestian di bidang industri dan organisasi komersial, terutamanya di kalangan negara maju. Di Malaysia, perkhidmatan kaunseling di tempat kerja terus berkembang sejajar dengan perkembangan industri di negara ini. Memang tidak dapat dinafikan setelah memasuki era moden kehidupan masyarakat dunia telah banyak berubah daripada pelbagai segi. Selanjutnya, perubahan ini turut mencetuskan pelbagai kompleksiti dan masalah akibat daripada tekanan yang dihadapi individu daripada pelbagai aspek, termasuklah tekanan di tempat kerja. Justeru, buku ini menyorot beberapa permasalahan pekerja yang terdapat dalam industri yang diubahsuai dan ditokok tambah menjadi sebahagian daripada perkhidmatan kaunseling dalam sektor industri. Dalam sektor industri lazimnya, kaunselor adalah di kalangan penyelia organisasi tersebut. Oleh itu, kaunselor perlulah memiliki kemahiran kaunseling; bijak menggunakan kemahiran, peralatan, dan teknik atau pendekatan yang bersesuaian dengan klien sebelum menjalankan sesuatu sesi kaunseling. Perkara asas ini penting diaplikasi oleh kaunselor untuk menjadikan sesi kaunseling yang dijalankan berjaya dan klien dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya setelah diberikan alternatif penyelesaian. Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk pengurus dalam organisasi atau sektor industri, majikan, pekerja, pelajar di pusat pengajian tinggi, pensyarah, guru, ibu bapa, dan para pembaca yang berminat untuk mendalami kaunseling dalam bidang industri.

Item Type:Book
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:30079
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 04:39
Last Modified:05 Feb 2017 03:39

Repository Staff Only: item control page