Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendidikan falsafah sains Al–Quran

Jusoh, Yahaya and Muhammad, Azhar (2007) Pendidikan falsafah sains Al–Quran. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0442–5

[img]
Preview
PDF
42kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Pendidikan Falsafah Sains Al–Quran ialah suatu kajian tentang ilmu mencintai kebijaksanaan atau kebenaran al–Quran yang diaplikasikan mengikut kemajuan sains dan teknologi. Justeru buku ini menjelaskan bagaimana al–Quran berbicara tentang falsafah sains yang terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu sains ketuhanan, sains sosial, dan sains natural. Antara ketiga–tiga bahagian sains ini, falsafah sains ketuhanan menjadi prinsip utama dalam membentuk teori sains sosial dan sains natural. Melalui buku ini, diharapkan generasi kini dapat memahami dengan lebih jelas tentang maksud sains Islam yang berjaya membangun ketamadunan manusia dan pembentukan masyarakat Islam hadhari. Beberapa perubahan terhadap sistem pendidikan yang berteraskan kepada falsafah sains al–Quran perlu dilakukan bagi merealisasikan matlamat ini. Dengan itu, penghayatan falsafah sains al–Quran ini akan melahirkan generasi ulul albab atau generasi Islam yang membangun daripada pelbagai aspek keilmuan yang tidak memisahkan semua bentuk ilmu dengan falsafah ilmu al–Quran. Buku ini sesuai sebagai rujukan pelajar, pendidik, dan pembaca yang ingin memahami konsep sains Islam.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:falsafah sains Al–Quran, sains ketuhanan, sains sosial, dan sains natural
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:30036
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:11 Apr 2013 03:15
Last Modified:28 Sep 2017 08:38

Repository Staff Only: item control page