Nordin, Tajul Ariffin and Ahmad, Roslee and Abdul Rahim, Rahimawati (2007) Membina pelajar cemerlang : evolusi pembelajaran sepanjang hayat. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0416–0
|
PDF
60kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...
Abstract
Memperoleh kecemerlangan merupakan impian semua pelajar institusi pengajian, sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Menjadi pelajar cemerlang dalam dekad ini bukan sahaja memerlukan darjah kecergasan (Intelligence Quotient (IQ)) yang tinggi bahkan memerlukan strategi, perancangan dan kekonsistenan dalam belajar. Kejayaan lebih bermakna jika kecemerlangan pembelajaran berlaku secara berterusan yang diseimbangi dengan pembangunan akhlak (Spiritual Quotient) dan kecemerlangan emosi (Emotional Quotient) sebagaimana diharapkan ibu bapa, pendidik dan pensyarah. Formula pelajar cemerlang ialah ‘kerja bijak’ bukannya ‘kerja kuat’. Manifestasi matlamat tersebut ialah perlunya penguasaan pengetahuan terkini dan kemahiran bagi menangani cabaran sewaktu belajar. Buku ini mengutarakan isu senario masa kini dunia pendidikan seperti meritokrasi, keperluan bahasa Inggeris dan pengangguran di kalangan siswazah. Panduan kecemerlangan meliputi ciri-ciri pelajar cemerlang, permasalahan pelajar, pemilihan makanan, adab menuntut ilmu, menjaga akhlak, kemahiran pengurusan masa, kemahiran menggunakan memori dan kemahiran menangani tekanan. Buku ini diolah menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai dibaca pelajar sekolah, maktab, dan universiti, pendidik sekolah, kaunselor, pensyarah dan individu yang berminat dalam bidang motivasi dan teknik belajar.
Item Type: | Book |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pelajar cemerlang, strategi, perancangan, kekonsistenan |
Subjects: | L Education |
Divisions: | Education |
ID Code: | 30028 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 11 Apr 2013 03:15 |
Last Modified: | 28 Sep 2017 07:17 |
Repository Staff Only: item control page