Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesihatan mental

Yahaya, Azizi and Tan, Soo Yin (2007) Kesihatan mental. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0436–4

[img]
Preview
PDF
81kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Masyarakat kita sering mengaitkan penyakit mental dengan kuasa di luar kawalan manusia seperti hantu, jin, syaitan dan makhluk halus lain. Seorang dukun atau bomoh dianggap mempunyai kepakaran merawat mereka yang ‘dirasuk’ ini serta memulihkan keadaan mental mereka seperti sedia kala. Apabila kita mengenali atau menamakan sesuatu tingkah laku sebagai kecelaruan tingkah laku, kita sering berpandukan kepada apa yang dikenali sebagai norma masyarakat. Bagi mereka yang mengikuti apa yang dilakukan oleh masyarakat, maka perbuatan mereka dianggap normal. Sebaliknya sekiranya apa yang dilakukan oleh seseorang itu bertentangan dengan kelaziman masyarakat, ia dikatakan menyimpang daripada norma masyarakat ataupun dinamakan abnormal. Buku ini membincangkan beberapa jenis penyakit mental dan bagaimana psikoterapi dan perubatan moden digunakan dalam rawatan penyakit mental.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Kesihatan mental, jenis penyakit mental, psikoterapi dan perubatan moden
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:30027
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:11 Apr 2013 03:27
Last Modified:28 Sep 2017 07:14

Repository Staff Only: item control page