Jusoh, Yahaya and Muhammad, Azhar (2005) Interaksi harta dalam Al–Quran: pengertian, pengumpulan dan pemanfaatan. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0365–2
|
PDF
81kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...
Abstract
Buku ini membincangkan konsep harta atau ‘al–Mal’ mengikut perspektif al–Quran. Al–Quran menegaskan bahawa harta adalah hak milik Allah secara mutlak yang diamanahkan kepada manusia sebagai hamba dan khalifah–Nya untuk memastikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Pengertian harta dihurai berdasarkan kepada istilah yang digunakan dalam al-Quran. Kepelbagaian istilah yang membawa maksud harta dalam al-Quran memperlihatkan kepentingan harta dan kegunaannya mengikut situasi yang berbeza dalam kehidupan manusia. Pengumpulan dan pemanfaatan harta menjelaskan prosedur dan peraturan yang mesti diikuti oleh manusia ketika mencari dan menggunakan harta. Interaksi al–Quran mengenai harta diharap memberikan gambaran dan panduan kepada umum mengenai persoalan harta, cara pengumpulan dan pemanfaatannya dalam kehidupan harian mengikut etika yang ditetapkan dalam al–Quran. Buku ini sesuai sebagai rujukan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi, khususnya dalam bidang ekonomi Islam dan juga pembaca yang berminat untuk meneliti kaedah tafsir tematik (Maudu’i) yang mengelaskan interaksi harta dalam al–Quran.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 29995 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 09 Apr 2013 07:13 |
Last Modified: | 06 Feb 2017 07:54 |
Repository Staff Only: item control page