Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan kendiri

Yahaya, Azizi and Yahaya, Fawziah and Zakariya, Zurihanmi and Yahaya, Noordin (2005) Pembangunan kendiri. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0374–1

[img]
Preview
PDF
59kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Pembangunan Kendiri merupakan satu aspek yang amat penting khususnya dalam menghadapi arus globalisasi dunia semasa. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam terhadap aspek pembangunan kendiri, seseorangdapat mempersiapsiagakan dirinya secara mental bagi menghadapi cabaran yang wujud dalam arus semasa. Justeru itu, buku Pembangunan Kendiri ini ditulis dengan teliti agar dapat memberi kesan yang membina kepada pembaca khususnya dari aspek pembangunan diri. Secara umumnya, buku ini mengandungi 15 bab dan antara perkara yang dibincangkan ialah pengertian konsep kendiri, pembentukan konsep kendiri, tingkap johari, perkembangan penghargaan kendiri, konsep kendiri remaja, konsep kendiri sebenar dan konsep kendiri ideal, konsep kendiri guru, instrument untuk mengukur konsep kendiri, konflik kendiri dan konflik interpersonal, konsep kendiri dan motivasi, konsep kendiri dan delinkuen, harapan guru terhadap konsep kendiri, peranan orang signifikan, dan teori–teori pembangunan kendiri. Selain memberi penekanan dari aspek pembangunan kendiri, buku ini juga ditulis dengan cara yang komprehensif, iaitu dengan menggabungkan kepakaran psikologi dan kaunseling dalam penulisan agar dapat memberi impak yang lebih berkesan kepada pembaca. Buku ini sesuai sebagai rujukan para pelajar di Institut Pendidikan Tinggi dan menjadi panduan kepada para guru dan ibu bapa yang sentiasa perlu bersedia untuk membangunkan diri.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Pembangunan kendiri, TEORI–TEORI KONSEP KENDIRI, TINGKAP JOHARI
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:29987
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:09 Apr 2013 07:13
Last Modified:27 Sep 2017 07:01

Repository Staff Only: item control page