Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian sumber & harta tanah hutan

Mar Iman, Abdul Hamid and Othman, Mohd. Shahwahid (2005) Penilaian sumber & harta tanah hutan. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0377–6

[img]
Preview
PDF
87kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku ini mengetengahkan sebuah karya yang digarap dengan menggabungkan konsep dan kaedah penilaian hutan sebagai sumber alam dan harta tanah. Penilaian hutan sebagai sumber alam diasaskan kepada kaedah ekonomi, manakala penilaian hutan sebagai harta tanah diasaskan kepada kaedah kewangan. Penggabungan ini dilakukan bagi memenuhi keperluan kerana wujudnya jurang antara keperluan kurikulum pengajaran tinggi tentang penilaian ekonomi sumber hutan dengan penilaian harta tanah hutan. Penilaian kaedah ekonomi lebih menumpukan kepada penilaian bagi barangan dan perkhidmatan alam sama ada mempunyai pasaran atau tidak. Persoalannya, sumber alam boleh bersifat ‘tangible’ atau ‘intangible’. Justeru, cabaran utama penilaian ekonomi sumber hutan ialah meletak atau menetapkan harga bagi barangan ‘intangible’ tersebut. Penilaian harta tanah hutan pula memfokus penilaian kepada aspek kewangan terhadap barangan alam yang lebih terhad, terutamanya barangan pasar seperti kayu kayan, bagi tujuan membuat keputusan yang melibatkan individu orang atau firma secara persendirian, manakala harta tanah hutan lebih berkait dengan barangan yang bersifat ‘tangible’ dan dijual beli di pasaran. Dengan isu pengurusan eksploitasi sumber perhutanan yang menjadi semakin rumit, penilaian hutan sebagai sumber alam dan penilaian hutan sebagai harta tanah perlu dipelajari secara bersepadu. Buku ini membincangkan keperluan kurikulum penilaian di peringkat institusi pengajian tinggi.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Penilaian sumber, harta tanah hutan, SUMBER ALAM, PENILAIAN PERHUTANAN
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
S Agriculture > SD Forestry
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:29980
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:09 Apr 2013 07:44
Last Modified:27 Sep 2017 06:47

Repository Staff Only: item control page