Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Majalah Ahkam Johor: kod undang–undang sivil Islam Kerajaan Negeri Johor 1331 H/1913 M

Borham, Abd. Jalil and Samsuri, Ariffin (2002) Majalah Ahkam Johor: kod undang–undang sivil Islam Kerajaan Negeri Johor 1331 H/1913 M. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983-52-0195-1

[img]
Preview
PDF
92kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Majalah Ahkam Johor adalah kod Undang-undang Sivil Islam Kerajaan Johor yang dilaksanakan di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar sejak tahun 1893 dalam bahasa Arab. Kod ini diambil daripada Majallah al–Ahkam al–‘Adliyyah yang digunakan oleh Kerajaan Othmaniyyah Turki pada tahun 1869. Kemudian semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, kod tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan diberi nama Majalah Ahkam Johor yang mengandungi 16 Kitab dan 1,851 madah. Kebenaran pelaksanaannya adalah di bawah peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor fasal 49 dan 57. Sultan mengarahkan supaya Undang-undang ini digunakan oleh semua pegawai, majistret dan hakim di seluruh negeri Johor. Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Kerajaan Johor bertarikh 29 Zulhijjah 1331 bersamaan 29 November 1913 setelah mendapat perkenan Sultan melalui surat Dato´ Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor bil. 998/13. Majalah Ahkam Johor suatu khazanah agung yang bernilai terutama berkenaan Undang-undang Sivil Islam yang pernah dilaksanakan di negeri Johor sebelum kedatangan Inggeris pada tahun 1914. Pelaksanaannya mendapat tentangan hebat daripada Inggeris dalam proses mereka membantutkan pelaksanaan undang–undang Islam di Tanah Melayu. Penggunaannya telah dimansuhkan dengan pelaksanaan Akta Undang-undang Sivil 1956. Kewujudan khazanah ini cuba dilupakan oleh Inggeris dengan “kehilangan” teks asal kod undang–undang ini. Sehingga kini hanya ditemui salinan dua versi teks undang–undang dan setiap satunya tersimpan di Arkib Negeri Johor dan di Perpustakaan Undang–undang, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Undang-undang Sivil Islam, Kerajaan Johor, khazanah agung
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
K Law > K Law (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:29877
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:08 Apr 2013 05:04
Last Modified:10 Jul 2017 01:20

Repository Staff Only: item control page