Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi terhadap kompetensi pensyarah penyelia

Hashim, Shahrin and Roomai Nor, Noor Hareezan (2008) Persepsi terhadap kompetensi pensyarah penyelia. In: Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah. Penerbit UTM , Johor, pp. 209-227. ISBN 978-983-52-0533-0

[img]
Preview
PDF
11Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Keupayaan sesebuah institusi atau maktab perguruan melakukan perubahan bergantung penuh kepada seluruh warganya. Sebagai pendidik guru bukanlah mudah menjadi pelaksana kepada sistemsistem yang telah dirancang, terutamanya bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran guru-guru pelatih. Fokus kita seharusnyalah kepada perubahan dalaman yang menjurus kepada aktiviti-aktiviti pengajaran-pembelajaran harian dan bukan hanya memberatkan kepada perubahan struktur sahaja. Sepertimana yang dijelaskan oleh Sergiovanni (1975: 6), We have been fairly successful in implementing structural changes in school but not internalized changes and as a consequence we have gained little in the process. Proses pencerapan di dalam bilik darjah adalah di antara aktiviti terpenting bagi seorang guru pelatih untuk melayakkan mereka bergelar guru. Oleh itu, mereka akan didedahkan dengan program praktikum berperingkat. Praktikum adalah satu siri pengalaman praktik dan sistematis yang berasaskan sekolah dan bertujuan membantu guru pelatih menjadi guru yang profesional dan bersepadu. Mereka akan menghadapi 9 minggu praktikum pada semester 3 dan keseluruhan masa pada semester 5. Objektif praktikum di maktab-maktab perguruan Malaysia yang telah digariskan dalam Panduan Praktikum (1994) ialah supaya guru pelatih dapat menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip, kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru yang profesional di dalam dan di luar bilik darjah. Program ini juga berhasrat untuk membantu perkembangan potensi guru pelatih supaya mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi berbagai suasana sekolah. Latihan mengajar adalah satu komponen yang sangat penting dalam program latihan perguruan. Semasa latihan mengajar, guru pelatih menerima tunjuk ajar, bimbingan, pandangan, nasihat, teguran dan penilaian formatif dan sumatif dalam pengajarannya. Ini merupakan proses penyeliaan yang dialami ke arah pengajaran yang lebih berkesan. Penyeliaan merupakan satu tanggungjawab penting setiap pensyarah di maktab-maktab perguruan di Malaysia. Untuk merealisasikan harapan dan objektif di atas adalah menjadi tanggungjawab dan peranan pensyarah penyelia melakukan penyeliaan dan pencerapan yang berkesan. Pihak Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah merancangkan beberapa garis panduan untuk penyelia. Antara perkara penting ialah penyelia perlu mewujudkan suasana perhubungan yang mesra dengan guru pelatih dan memupuk keyakinan guru pelatih. Strategi bimbingan yang berasaskan Pencerapan Klinikal itu bertujuan supaya penyelia dan guru pelatih bersama-sama berusaha memperbaiki kelemahan pengajaran di samping memperkembangkan kemahiran dan potensi seseorang guru pelatih itu.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Education
ID Code:25466
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:17 May 2012 07:36
Last Modified:17 May 2012 07:36

Repository Staff Only: item control page