Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perlantikan hakim wanita : satu analisa ringkas

Junoh, Husin and Awang, Habibah and Hassan, Mohamed Fadzli and Hassan, Ahmad Muhyiddin and Sayed Ahmad, Sayed Mahussain (2008) Perlantikan hakim wanita : satu analisa ringkas. In: Isu Wanita Dalam Perundangan Islam. Penerbit UTM , Johor, pp. 35-48. ISBN 978-983-52-0506-4

[img]
Preview
PDF
120kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/PPIPS/bo...

Abstract

Qadhi atau hakim adalah mempunyai kedudukan yang sangat mulia mengikut kaca mata agama. Ini memandangkan ketinggian darjat daripada sudut ilmunya dan juga beban tanggungjawab sebagai orang yang memikul amanah secara langsung dalam mendaulatkan hukum demi memastikan keadilan untuk semua terlaksana. Oleh yang demikian, syariah meletakkan syarat-syarat yang begitu ketat untuk dipenuhi bagi menjawat jawatan ini. Berdasarkan amalan tradisi dalam sejarah Islam, jawatan ini didominasi oleh kaum lelaki. Akhir-akhir ini, memandangkan kehidupan umat manusia semakin kompleks dan berkembangnya isu-isu yang menyentuh secara langsung kepentingan wanita, maka perbahasan tentang kelayakan wanita menjawat jawatan hakim menjadi semakin penting dan perlu. Artikel ini akan mengupas beberapa pandangan dan hujah ulama' yang terdiri daripada para fuqaha' tradisional dan semasa dalam perbahasannya. Analisa ringkas ini mengambil kira pandangan-pandangan serta hujah-hujah ulama fekah yang menafikan kelayakan wanita menjadi hakim dan pandangan pandangan serta hujah-hujah ulama yang membenarkannya, dengan berdasarkan sumber Al-Quran, Hadis dan Ijtihad para mujtahidin. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kedudukan dan peranan kaum wanita dalam pembangunan masyarakat khususnya dalam bidang perundangan.

Item Type:Book Section
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions:Islamic Studies
ID Code:25464
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:18 May 2012 04:02
Last Modified:18 May 2012 04:02

Repository Staff Only: item control page