Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengurusan masjid : satu tinjauan ke atas masjid cemerlang

Ali Khan, Mohd. Noor Azli and Salleh, Mohd. Zulrushdi and Salleh, Norhayati (2008) Pengurusan masjid : satu tinjauan ke atas masjid cemerlang. In: Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Penugrusan Masjid. Penerbit UTM , Johor, pp. 31-50. ISBN 978-983-52-0508-8

[img]
Preview
PDF
11Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/PPIPS/bo...

Abstract

Masjid amat sinonim dengan kehidupan umat Islam sebagai pusat kegiatan dan pentadbiran hidup. Masjid juga merupakan lambang perpaduan dan keutuhan Islam dalam menyatu padukan umatnya. Selaras dengan fungsinya yang pelbagai, masjid muncul sebagai pusat tumpuan dalam menguruskan kehidupan masyarakat Islam setempat. Malangnya, terdapat juga pengurusan masjid yang hanya menjurus kepada aktiviti berbentuk keagamaan sahaja. Mentaliti ini perlu di ubah. Kewujudan dan peranan masjid perlu dilihat dari sudut yang luas. Justeru, usaha untuk memperkasa fungsi masjid perlu dilakukan dan transformasi ini haruslah sesuai dengan peredaran zaman. Pengurusan masjid amat penting dipertingkatkan dari semasa ke semasa kerana ia merupakan nadi penggerak pembangunan modal insan yang cemerlang. Artikel ini merupakan hasil tinjauan terhadap dua buah masjid yang pernah mendapat pengiktirafan sebagai masjid cemerlang khususnya dari sudut pengurusan. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan sesebuah masjid antaranya ialah kerjasama dan komitmen dari semua pihak khususnya pihak pentadbiran mahupun masyarakat setempat. Masjid ialah institusi yang pertama sekali dibina oleh Rasulullah s.a.w. sebaik sahaja baginda s.a.w. sampai di Madinah. Masjid Nabawi merupakan ibu pejabat kerajaan Islam yang diasaskan oleh baginda sendiri. Pada zaman Rasulullah s.a.w., masjid mempunyai fungsi yang sangat luas seperti tempat beribadat, pusat pemerintahan, pentadbiran, perhubungan awam, mahkamah dan sebagainya. Apa yang lebih menariknya, masjid telah dijadikan sebagai pusat untuk membentuk masyarakat Islam pada waktu itu bagi memperkukuhkan lagi ikatan roh keIslaman di jiwa masyarakat Madinah meliputi persoalan adab pergaulan mahupun akidah (Muhammad Said, 1988). Masjid adalah lambang syiar dan kedaulatan Islam yang menghubungkan antara hamba dengan PenciptaNya. Pada zaman keagungan Islam, masjid menjadi pusat sumber dan khidmat sosial yang begitu unggul. Masjid bukan sahaja merupakan tempat beribadat, malah mendapat kedudukan yang amat tinggi dalam jiwa umat Islam. Selain itu, masjid turut berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu, memupuk persaudaraan, menyepadukan masyarakat dan medan perkembangan tamadun Islam. Sesuai dengan peredaran zaman, pengurusan masjid seharusnya lebih produktif dan kualiti pengurusan juga perlu dipertingkatkan serta diperlengkap dengan perisian-perisian yang dapat mengimarah masjid tersebut. Dalam erti kata lain, masjid perlu diberi nafas baru seiring dengan pembangunan moden agar diterima oleh masyarakat tanpa dolak-daliknya lagi.

Item Type:Book Section
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Studies
ID Code:25448
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:25 May 2012 08:02
Last Modified:25 May 2012 08:02

Repository Staff Only: item control page