Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembelajaran dalam pengajian tinggi

Sihes, Ahmad Johari (2008) Pembelajaran dalam pengajian tinggi. In: Inovasi Pengajaran Dan Kurikulum Pengajian Tinggi. Penerbit UTM , Johor, pp. 38-60. ISBN 978-983-52-0515-6

[img]
Preview
PDF
42kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Biggs (1987a) telah membina model Pengajaran dan Pembelajaran 3P yang menggambarkan proses pembelajaran pelajar. Model tersebut menerangkan tiga keadaan di mana elemen-elemen berkaitan pembelajaran berlaku iaitu faktor ‘petunjuk awal’ (presage) (sebelum pembelajaran berlaku), proses (semasa pembelajaran) dan produk (hasil pembelajaran). Model 3P ini diadaptasikan daripada model presage – process – product yang dikemukakan oleh Dunkin dan Biddle (1974). Model 3P ini ditunjukkan dalam Rajah 3.1. Berdasarkan Rajah 3.1 terdapat dua faktor ‘petunjuk awal’ (presage) iaitu pelajar dan konteks pengajaran. Faktor pelajar termasuklah pengetahuan sedia ada dan minat tentang topik berkenaan, kebolehan pelajar dan komitmen pelajar. Manakala di dalam faktor konteks pengajaran pula adalah apa yang hendak diajar, bagaimana (kaedah) ia diajar dan dinilai, kepakaran pensyarah dan, iklim kelas dan institusi (Biggs, 1987a, 2003). Faktor-faktor ini menentukan pendekatan pembelajaran yang akan digunakan pelajar dalam sesuatu aktiviti pembelajaran yang sedang dialami. Contohnya, seorang pelajar yang mempunyai sedikit pengetahuan sedia ada tentang topik yang sedang dipelajari tidak akan cenderung menggunakan pendekatan pembelajaran mendalam walaupun pensyarah yang mengajarnya adalah seorang yang pakar dalam topik tersebut. Seorang pelajar lain pula yang mempunyai pengetahuan yang banyak dan mempunyai minat dalam topik tersebut serta bercadang menggunakan pendekatan pembelajaran mendalam, kemungkinan tidak menggunakannya jika kesuntukan masa.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:25428
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:01 Jun 2012 07:41
Last Modified:01 Jun 2012 07:41

Repository Staff Only: item control page