Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Prinsip dan Amalan Sistem Maklumat Tanah

A. K., Abd. Majid and Hisham, Abdullah (2006) Prinsip dan Amalan Sistem Maklumat Tanah. Other. Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] PDF
111kB

Abstract

Monograf Prinsip dan Amalan: Sistem Maklumat Tanah (LIS) ini disediakan khusus kepada pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik di Fakulti kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia. Monograf ini disediakan bagi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sistem Maklumat Tanah I. Objektif penyediaan monograf ini adalah untuk memberikan gambaran serta pengetahuan asas kepada pelajar mengenai Sistem Maklumat Tanah sebelum didedahkan kepada peringkat yang lebih mencabar. Diharapkan pelajar-pelajar dapat memahami teori Sistem Maklumat Tanah untuk diaplikasikan di persekitaran dunia benar. Monograf ini memberikan pengenalan keatas terminologi-terminologi yang digunakan serta kepentingan LIS di alaf baru ini. Evolusi LIS diterangkan sehingga kepada pembangunannya. Pengetahuan mengenai model data, data input dan output serta pengurusan pangkalan data dinyatakan dengan mendalam. Pelajar juga didedahkan kepada kaedah pemprosesan serta proses membuat keputusan melalui teknologi LIS. Faktor-faktor seperti keperluan teknikal, organisasi serta institusi perlu dipertimbangkan untuk mengimplimentasikan LIS berasaskan parcel. Akhir sekali, beberapa contoh aplikasi semasa LIS diberikan untuk menunjukan kepentingan Sistem Maklumat Tanah didalam dunia alaf baru ini.

Item Type:Monograph (Other)
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions:Geoinformation Science And Engineering
ID Code:1922
Deposited By: Tajul Ariffin Musa
Deposited On:16 Mar 2007 07:47
Last Modified:08 Oct 2017 08:32

Repository Staff Only: item control page