Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Reformasi dalam TVET : perubahan masa hadapan

Awang Kechik, Aminuddin (2011) Reformasi dalam TVET : perubahan masa hadapan. journal of edupress, 1 . pp. 336-341.

[img]
Preview
PDF
187kB

Abstract

Malaysia dalam perancangan menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi melihat salah satu usaha strategi yang perlu dilaksanakan ialah melalui amalan pendidikan. Kerajaan Malaysia berbelanja besar terutamanya bagi manaiktarafkan sistem pendidikan teknikal dan vokasional. Pelbagai langkah dan strategi diatur bagi merealisasikan impian tersebut. Reformasi sistem pendidikan negara secara keseluruhannya mencerminkan kesungguhan negara bergerak melangkah ke arah persaingan tersebut dengan pembentukan insan bertaraf dunia, memastikan pendidikan seawal mungkin, kebertanggungjawaban sekolah sebagai institusi pendidikan dan keberkesanan guru menjadi faktor utama yang di beri penekanan. Manakala sistem pendidikan TVET pula diberi nafas baru seperti mengarusperdanakan pendidikan TVET dan meningkatkan kompentensi pengajian siswazah supaya bernilai kebolehpasaran. Kertas seminar ini akan mengulas sedikit tentang reformasi sistem pendidikan negara dan TVET pada kesan masa hadapan negara Malaysia.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:17082
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Nov 2011 07:42
Last Modified:11 Sep 2017 01:20

Repository Staff Only: item control page