Marni, Nurazmallail (2003) Peristiwa Tahkim antara 'Ali - dan Mu'wiyah (Tahun 36 H) : suatu kajian dan pengajaran. Jurnal Teknologi E (38E). pp. 75-92. ISSN 0127-9696
|
PDF
879kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/38/E/JT38...
Abstract
Tulisan ini membincangkan Peristiwa Tahkim iaitu persetujuan antara Saidina Ali dan Mu‘awiyah pada tahun 36 H untuk menerima keputusan wakil-wakil yang dilantik dalam menyelesaikan perselisihan antara mereka. Objektif kajian ini ialah untuk memberikan penjelasan menangani peristiwa tersebut. Kajian ini meliputi perbincangan dari beberapa aspek seperti faktor pendorong Peristiwa Tahkim, gambaran peristiwa pada peringkat permulaan dan peringkat perhimpunan wakil kedua pihak. Kajian ini juga membuat analisis terhadap faktor-faktor kegagalan Saidina Ali menangani isu Tahkim dan justifikasi pendirian beberapa sahabat mengenai perlantikan ‘Ali sebagai khalifah. Fokus utama kajian tertumpu pada sejauhmana kebenaran cerita yang mengatakan bahawa wakil pihak Muawiyah iaitu Amr ibn Abas telah memperdayakan wakil pihak Saidina Ali iaitu Abu Musa al-Ashari hingga berjaya melucutkan jawatan khalifah daripada Saidina Ali dan mengekalkan kedudukan Muawiyah. Kajian mendapati pendapat yang menerima cerita penipuan Amr ibn Abas dalam majlis Tahkim lebih berdasarkan sumber riwayat, sementara pendapat yang menolak kesahihannya adalah berdasarkan hujah akal yang disokong oleh beberapa riwayat yang menjelaskan realiti sebenar peristiwa. Ini bermakna pandangan yang mengatakan bahawa Abu Musa al Ashari adalah seorang yang bodoh sementara Amr ibn Abas adalah seorang penipu, kurang pegangan agama dan tidak menepati janji merupakan pandangan yang salah dan perlu dijauhi
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Peristiwa Tahkim, Saidina Ali, Muawiyah, Amr ibn, Abu Musa alAshari |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion |
Divisions: | Islamic Studies |
ID Code: | 1490 |
Deposited By: | Norhayati Abu Ruddin |
Deposited On: | 07 Mar 2007 02:45 |
Last Modified: | 01 Nov 2017 04:17 |
Repository Staff Only: item control page