Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Simbolisme Sains dalam wahyu keserasian antara ayat Maqru'ah dengan ayat Manzurah

Awang, Ramli (2003) Simbolisme Sains dalam wahyu keserasian antara ayat Maqru'ah dengan ayat Manzurah. Jurnal Teknologi E (38E). pp. 27-48. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
561kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/38/E/JT38...

Abstract

Makro kosmos atau alam semesta merupakan Kitab Allah [wahyu Allah] yang bersifat kawni. Dalam lain perkataan ia dikenali sebagai ayat-ayat al-kawniyah [ayatullah al-kawniyyah]. Mikro kosmos pula ialah ayat-ayat Allah yang bersifat qur’ani [yang dibaca] dan ia merupakan pasangan kepada makro kosmos. Ayat-ayat yang bersifat qur’ani adalah sebagai panduan untuk manusia meneroka ayat-ayat al-kawniyyah. Kedua-dua ayat ini sama sekali tiada pertentangan bahkan saling membenarkan dan berkaitan. Ayat-ayat quran ditafsirkan oleh ayat quran yang lain, begitu juga dengan ayat al-kawni, ia juga saling ditafsirkan oleh ayat kawni yang lain. Selain daripada itu ayat kawni juga menjadi pentafsir kepada ayat qur’ani. Tegasnya kedua-dua ayat Allah tersebut saling mentafsirkan antara sesamanya. Kedua-duanya ada sifat simbolis yang unik lagi tersendiri; masing-masing saling memperkukuhkan antara sesamanya dalam ruang dan peranan yang berbeza. Kertas ini bertujuan mendedahkan keserasian ciptaan Allah yang terdapat pada ayat-ayat-Nya dalam rangka memperlihatkan sifat keesaan dan keagungan-Nya supaya hamba-hamba-Nya benar-benar mengabdikan diri kepada-Nya; serta meninjau khitab Quran yang ditujukan kepada mereka yang berakal untuk memahami kaitan ayat manzurah dengan maqru’ah secara simbolis.

Item Type:Article
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions:Islamic Studies
ID Code:1485
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:07 Mar 2007 02:16
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page