Abd. Rahman, Hamidah and Omar, Rozeyta (2009) Persepsi staf sokongan pentadbiran dan teknikal terhadap program latihan di UTM. In: Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 175-200. ISBN 978-983-52-0722-8
PDF (Fulltext)
569kB |
Abstract
175 Persepsi Staf Sokongan Pentadbiran dan Teknikal Terhadap Program Latihan Di UTM 9 PersePsi staf sokongan Pentadbiran dan teknikal terhadaP Program latihan di Utm HAMIDAH ABD RAHMAN ROZEYTA OMAR 1.0 Pengenalan Aset sesebuah organisasi di era ekonomi digital ini ialah kepintaran dan perkara ini tertumpu kepada pekerja yang berpengetahuan atau ‘ knowledge workers ’. Pengetahuan dan kepintaran serta kreativiti pekerja akan menjadi aset bernilai kepada sesebuah organisasi pada alaf baru ini. Untuk itu, organisasi mestilah berupaya menarik, menyimpan serta melabur dalam sumber manusia dan menyediakan suasana bekerja yang menjurus ke arah kreativiti, inovasi dan prestasi kerja yang cemerlang. Untuk membangun sumber manusia yang sedia ada, satu kaedah yang penting dan berkesan adalah melalui latihan. Latihan merupakan satu proses pembelajaran yang dirancang untuk mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan prestasi staf. Latihan yang diterima secara umumnya akan menjadikan seseorang pekerja lebih cekap dan mahir di dalam bidang-bidang tertentu. Oleh itu, latihan akan dapat meningkatkan prestasi kerja individu dan seterusnya memberi kesan kepada organisasi dari aspek produktivitinya.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) Unspecified |
Divisions: | Management and Human Resource Development |
ID Code: | 14772 |
Deposited By: | Siti Khairiyah Nordin |
Deposited On: | 11 Sep 2011 09:16 |
Last Modified: | 14 Aug 2017 00:34 |
Repository Staff Only: item control page