Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gagasan Islam hadhari dan hubungan etnik

Othman, Muhammad Fauzi and Abdul Hamid, Mohd. Azhar and Balwi, Mohd. Koharuddin and Khalid, Esa and Mamat, Ahmad Rupaii and Markom, Mohd. Nasir (2009) Gagasan Islam hadhari dan hubungan etnik. In: Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 219-239. ISBN 978-983-52-0724-2

[img] PDF (Fulltext)
474kB

Abstract

Mengikut beberapa teori yang diutarakan oleh para sarjana Barat seperti Snouck Hurgonje dan rakan-rakannya, Islam tiba di Tanah Melayu pada abad ke-11 dengan tiga jalan iaitu pertama, dari jalan India melalui para pedagangnya yang telah mula bertebaran di nusantara sejak sebelum zaman masihi lagi. Kedua, dari jalan China kerana Islam sudah sampai di China lebih awal iaitu dalam zaman pemerintahan Khalifah Uthman Affan iaitu dalam abad pertama Hijrah atau abad ke-8 Masihi. Atau yang lebih kuat ialah Islam sampai ke alam nusantara, khususnya di Tanah Melayu, dari jalan Tanah Arab melalui para pedagang dan mubaligh Islam. Ini bertepatan dengan catatan dalam Sulalatus Salatin atau kitab Sejarah Melayu tulisan Bendahara kerajaan Johor-Riau yang masyhur iaitu Tun Seri Lanang. Oleh kerana Islam sudah lama bertapak di Tanah Melayu, ia sudah sebati dengan budaya dan adat resam orang-orang Melayu. Tamadun singkat Kesultanan Melayu Melaka (1402-1511) sarat dengan asas-asas syariat Islam sama ada dalam manifestasi perundangannya, adat resam, amalan kesusasteraan istana mahupun polisi luar negara. Ini berlarutan sehinggalah pembentukan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) melalui pembentukan Suruhanjaya Reid dan Pembentukan Malaysia (1963). Dalam peruntukan perlembagaan Malaysia, secara jelas termaktub agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan (perkara 11) dan pentakrifan orang Melayu (perkara 153) sebagai individu yang beragama Islam. Justeru adalah mustahil untuk kita meninggalkan perbincangan Islam sebagai asas kepada pembentukan budaya Malaysia dan asas dalam hubungan etniknya.

Item Type:Book Section
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:14554
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:26 Aug 2011 01:17
Last Modified:13 Aug 2017 01:11

Repository Staff Only: item control page