Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Cakna lidah sebagai teras keharmonian organisasi: sorotan pemikiran akhlak Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili (1910-1965)

Awang, Ramli and Khalid, Esa and Ripin, Mohd. Nasir and Haron, Zulkiflee and Ibrahim, Ismail (2009) Cakna lidah sebagai teras keharmonian organisasi: sorotan pemikiran akhlak Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili (1910-1965). In: Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 237-254. ISBN 978-983-52-0722-8

[img] PDF (Fulltext)
443kB

Abstract

Anggota lidah, menurut Mandili, adalah kurniaan Allah kepada manusia agar manusia dapat membaca Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w, berzikir serta mengajar ilmu-ilmu yang memberi manfaat. Selain itu dengan lidah juga dapat menyuruh melakukan perkara kebajikan, melarang dari melakukan kejahatan dan memberi nasihat kepada sesama Muslim. Lidah adalah alat komunikasi penting bagi menyampaikan kepada tujuan dan keperluan hidup manusia. Manusia mesti mensyukuri Allah yang memberi nikmat lidah kepadanya dengan menghindari dari berbicara perkara-perkara yang ditegah. Oleh itu, Mandili menyarankan agar manusia mengasingkan diri dan berdiam diri untuk mengelakkan bahaya lidah. Katanya: Dan ketahui olehmu bahawasanya lidah itu sebanyak-banyak anggota dan sebesar-besarnya daripada kejahatan maka lazimkan olehmu akan memeliharanya dan tidak menolong akan dikau atas sejahtera daripada kebinasaannya melainkan mengasingkan diri daripada manusia, dan mengekalkan diam melainkan pada ketika berhajat kepada berkata-kata, seperti belajar dan mengajar dan memberi nasihat.

Item Type:Book Section
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:14451
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:26 Aug 2011 08:20
Last Modified:09 Aug 2017 08:46

Repository Staff Only: item control page