Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kesediaan guru kemahiran hidup mengajar dalam bidang elektronik

Othman, Nooraini and Omar, Erniey Hasmieza (2009) Tahap kesediaan guru kemahiran hidup mengajar dalam bidang elektronik. Other thesis, Faculty of Education, UTM.

[img] Microsoft Word
75kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru kemahiran hidup mengajar dalam bidang elektronik. Dalam kajian ini sampel dikhususkan hanya kepada guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan di sekitar daerah Johor Bahru, Johor. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada semua sampel iaitu seramai 30 orang guru kemahiran hidup. Tahap kesediaan yang diukur adalah memfokuskan kepada tahap pengetahuan dan kemahiran. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian statistik sosial sains (SPSS version 15.0 for window). Hasil analisis dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian ini adalah 0.969. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru kemahiran hidup mengajar dalam bidang elektronik adalah pada tahap tinggi (Min=4.4) manakala tahap kemahiran guru kemahiran hidup mengajar dalam bidang elektronik juga pada tahap tinggi (Min=4.2). Hasil dapatan analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap jantina guru kemahiran hidup yang mengajar dalam bidang elektronik. Akhir sekali beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai garis panduan kepada pihak yang berkenaan untuk mempertingkatkan lagi tahap kesediaan guru kemahiran hidup dalam bidang elektronik.

Item Type:Thesis (Other)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14373
Deposited By: Dr. Nooraini Bt Othman
Deposited On:24 Aug 2011 07:31
Last Modified:24 Aug 2011 07:31

Repository Staff Only: item control page