Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Konsep Iman Dan Kufur: Perbandingan Perspektif Antara Aliran Teologi

Ishak, Mohd. Said (2002) Konsep Iman Dan Kufur: Perbandingan Perspektif Antara Aliran Teologi. Jurnal Teknologi E (36E). pp. 61-74. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
474Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/36/E/JT36...

Abstract

Setiap orang yang ingin menyelami selok belok agamanya secara mendalam perlu mempelajari teologi yang terdapat dalam agama yang dianutinya. Mempelajari teologi akan memberikan seseorang keyakinan berdasarkan pada landasan kuat, yang tidak mudah diumbang-ambing oleh peredaran masa. Ini adalah di antara sedutan kata-kata pendahuluan Prof. Dr. Harun Nasution di dalam bukunya “Teologi Islam�. Teologi, adalah membahaskan ajaran dasar dari sesuatu agama, dalam istilah Arab disebut Usul al-Din iaitu ajaran-ajaran dasar agama. Teologi Islam bukan hanya membahaskan soal ketuhanan sahaja, tetapi juga membahaskan soal iman dan kufur; siapa yang sebenarnya kafir dan telah keluar dari Islam. Iman dan kufur adalah masalah mendasar yang dibahas di dalam aliran pemikiran Islam. Para mutakallimin iaitu ahli debat yang pintar menggunakan kata-kata.1 Mereka telah memberikan batasan dan pengertian yang mempunyai persamaan dan perbezaan mengenai iman dan kufur serta mukmin dan kafir. Perbezaan dan persamaan konsep iman dan kufur di antara mutakallimin akan lebih jelas terdapat di dalam pendapat-pendapat aliran yang lima, iaitu:- Khawarij, Murjiah, Mu’tazilah, Asy’ariah, dan Maturidiah. Persamaan dan perbezaan itu cukup banyak, tetapi di dalam kertaskerja ini hanya akan disentuh dalam hal-hal yang berkaitan dengan sejarah ringkas timbulnya tentang iman dan kufur, konsep iman, kewajipan beriman, iman dan amal, bertambah dan berkurangnya, serta konsep kufur dan dosa.

Item Type:Article
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Studies
ID Code:1402
Deposited By: En Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:05 Mar 2007 03:37
Last Modified:09 Nov 2010 02:28

Repository Staff Only: item control page