Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perkaitan antara pengurusan masa dengan pencapaian akademik pelajar UTM

Abdul Ghafar, Mohd. Najib and Choong, Yoon Weng (2002) Perkaitan antara pengurusan masa dengan pencapaian akademik pelajar UTM. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 8 . pp. 71-92. ISSN 1394-1801

[img]
Preview
PDF
3MB

Abstract

Kajian ini ialah untuk mengkaji perkaitan antara pengurusan masa dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tiga aspek yang dikaji adalah tahap pengurusan masa pelajar UTM, pencapaian akademik pelajar UTM dan perkaitan antara pengurusan masa dengan pencapaian akademik pelajar UTM. Seramai 220 aliran pelajar perdana yang sedang mengikuti kursus di 10 fakulti di kampus induk UTM telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Maklumat kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang telah dibuat berdasarkan teori pengurusan masa yang disarankan oleh Ralph Lewis (1991). Maklumat yang dikumpulkan ini dianalisis dengan menggunakan "Statistical Package for the Social Sciences" (SPSS) untuk mendapatkan peratusan dan purata min bagi setiap item dalam tiga aspek tersebut. Secara umum, kajian mendapati pelajar UTM mempunyai pola pengurusan masa dan tahap pencapaian akademik yang baik. Di dapati pelajar yang mempunyai pengurusan masa yang baik adalah mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang. Namun demikian, terdapat juga segelintir pelajar yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang tetapi mempunyai pengurusan masa yang sederhana sahaja. Jadi dapat dilihat bahawa memang terdapat kaitan antara pengurusan masa berkesan dengan pencapaian akademik cemerlang seseorang pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengurusan masa,pencapaian akademik, pelajar UTM
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:12266
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:12 Apr 2011 05:22
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page