Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kefahaman pelajar mengenai konsep zarah : perbandingan respon pelajar di Malaysia dan pelajar di United Kingdom

Arshad, Mohammad Yusof and Surif, Johari and Tan, Soo Yin and Daud, Dalina and Ibrahim@Sellakutty, Uthayakumari (2002) Kefahaman pelajar mengenai konsep zarah : perbandingan respon pelajar di Malaysia dan pelajar di United Kingdom. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 8 . pp. 21-38. ISSN 1394-1801

[img]
Preview
PDF
3MB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kefahaman pelajar mengenai konsep zarah dan mengkaji adakah faktor bahasa dan budaya di Malaysia mempengaruhi kefahaman pelajar mengenai konsep zarah . Instrumen kajian dan analisis respon menggunakan soalan berstruktur dan pengkategorian yang di bina oleh Brook, et al. (1984), Sejumlah seratus enam puluh enam orang pelajar tingkatan empat dipilih secara rawak mudah daripada beberapa buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru dan di daerah Kemayan, Pahang. Respon pelajar kemudiannya dibandingkan antara pelajar di Malaysia dan pelajar di United Kingdom. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman pelajar di Malaysia dan United Kingdom terhadap konsep zarah adalah rendah disebabkan wujudnya kerangka altenatif di kalangan pelajar. Terdapat bukti kewujudan sedikit perbezaan pengkonsepan pelajar mengenai konsep zarah . Pelajar Malaysia mempunyai pengkonsepan yang lebih baik berbanding pelajar di United Kingdom terhadap dua daripada tiga soalan yang dikemukakan. Bahasa dan budaya dikenalpasti sebagai faktor yang mempengaruhi pengkonsepan pelajar. Selain itu, faktor kekurangan kemahiran berfikir secara kritis dan corak pengajaran tradisional mungkin turut mempengaruhi pengkonsepan pelajar. Hakikat ini menunjukkan betapa pentingnya kajian berkaitan pengkonsepan pelajar daripada perspektif bahasa dan budaya dalam dunia penyelidikan pendidikan yang akan datang.

Item Type:Article
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:12264
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:12 Apr 2011 05:54
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page