Marzuki, Sahirah and Nordin, Aziz (1998) Penilaian terhadap kursus bahasa inggeris yang menggunakan pendekatan "student-centred-thematic-task-based" di Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 4 (1). pp. 78-93. ISSN 1394-1801
|
PDF
2MB |
Abstract
Penyelidikan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pengendalian silibus Bahasa Inggeris tahun satu dengan menggunakan pendekatan 'Student centered- thematic-task based'. Silabus ini digubal berdasarkan kepada masalah penguasaan kemahiran tertentu dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar UTM. Atas kesedaran ini pihak universiti telah menyarankan supaya kursus Bahasa Inggeris tahun satu menekankan kepada kemahiran berkomunikasi dalam penulisan dan pertuturan. Kedua-dua aspek ini penting bagi penguasaan pembelajaran di universiti dan sebagai persediaan untuk kerjaya masa hadapan. Dalam melaksanakan silabus ini beberapa cabaran telah dihadapi terutama mengenai peruntukan jam kuliah yang hanya dua pertemuan sahaja seminggu, dengan jumlah pelajar yang ramai dan dikendalikan oleh bilangan pensyarah yang kecil. Bagi mendapatkan penilaian pelajar mengenai perlaksanaan kursus, kajian ini akan menjawab mengenai tujuan, keperluan dan persoalan pembelajaran pelajar, keberkesanan pengendalian kursus dan kesesuaian silabus. Sejumlah 356 responden tahun satu dari berbagai fakulti telah terlibat. Hasil kajian mendapati secara amnya responden mengakui bahawa kursus Bahasa Inggeris diikuti adalah sangat berfaedah, meningkatkan kemahiran, mendatangkan minat dan motivasi, pengedalian kursus telah berjalan dengan baik dan mempunyai kandungan silabus yang berguna untuk tujuan pembelajaran. Namun begitu terdapat penekanan yang agak berbeza dari beberapa aspek apabila penilaian pelajar dibuat berasaskan kepada kumpulan pencapaian yang tinggi dan rendah asas pencapaian Bahasa Inggeris mereka. Diharapkan dapatan daripada kajian ini dapat dimanfaatkan untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education P Language and Literature > PE English |
Divisions: | Education |
ID Code: | 12261 |
Deposited By: | Zalinda Shuratman |
Deposited On: | 12 Apr 2011 06:00 |
Last Modified: | 01 Nov 2017 04:17 |
Repository Staff Only: item control page