Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbandingan pengkonsepan mengenai unsur kimia bagi pelajar Malaysia dan pelajar United Kingdom

Arshad, Mohammad Yusof (1998) Perbandingan pengkonsepan mengenai unsur kimia bagi pelajar Malaysia dan pelajar United Kingdom. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 4 (1). pp. 55-63. ISSN 1394-1801

[img]
Preview
PDF - Published Version
4MB

Abstract

Artikel melaporkan pengkonsepan pelajar sekolah menengah mengenai konsep unsur dan membandingkan dengan respon kajian yang dilaporkan oleh Briggs dan Holding (1986) yang dijalankan di United Kingdom. Sejumlah dua ratus orang pelajar tingkatan empat daripada enam bulah sekolah di daerah Johar Bahru lelah dipilih secara ramdom mudah untuk dibandingkan dengan respon pelajar gred 10 di United Kingdom. Instrumen kajian menggunakan soal selidik yang dibina oleh Briggs dan Holding. Dapatan menunjukkan bahawa ramai pelajar Malaysia dan United Kingdom mempunyai pengkonsepan alternatif terhadap konsep-konsep yang dikaji dan terdapat juga sedikit bukti yang menunjukkan perbezaan pengkonsepan antara pelajar Malaysia dan pelajar United Kindom dalam memahaminya. Diharap kajian ini akan membuka lembaran baru kepada penyelidik bagi mengkaji bagaimana pelajar memamahi konsep-konsep sains yang sukar daripada perspektif bahasa dan budaya.

Item Type:Article
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:12259
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:13 Apr 2011 04:37
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page