Sulaiman , Hanim and Zakaria, Mohd Khalled Khairol (2010) Faktor-Faktor Yang Mendorong Guru-Guru PKPG Tahun Akhir UTM Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Ijazah. Faktor-Faktor Yang Mendorong Guru-Guru PKPG Tahun Akhir UTM Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Ijazah . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
65kB |
Abstract
Kajian deskriptif ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mendorong guru-guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Responden terdiri daripada 194 orang pelajar-pelajar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) tahun akhir di UTM dari Jurusan Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup, Matematik dan Sains. Pelajar-pelajar yang mengikuti program pensiswazahan ini adalah merupakan guru-guru yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebanyak 48 item soal selidik telah diajukan yang mengandungi persoalan yang berkaitan faktor minat, faktor motivasi, faktor keluarga dan faktor kenaikkan gaji. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada responden. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan Statistical Package for Social Science Windows 10 (SPSS version 14) dan dinyatakan dalam bentuk peratusan dan min. Kajian mendapati secara keseluruhannya semua faktor-faktor yang dikemukakan iaitu faktor minat, faktor motivasi, faktor keluarga dan faktor kenaikkan gaji mendorong guru-guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di UTM. Kesemua faktor-faktor yang mendorong ini berada pada tahap tinggi dan ianya sangat mendorong guru-guru bukan siswazah ini melanjutkan pelajaran mereka untuk medapatkan ijazah. Daripada hasil kajian ini dicadangkan pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam memberikan berbagai insentif yang boleh mengalakkan guru-guru melanjutkan pelajaran bagi mempertingkatkan martabat ilmu dan profesionalisme perguruan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11377 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 13 Dec 2010 07:08 |
Last Modified: | 13 Dec 2010 07:08 |
Repository Staff Only: item control page